3/18/09

Kita dan Nafsu

Nafsu adalah suatu yang merupakan sebahagian dari kita. Seperti mana akal dan jasad. Kesihatan akal adalah dengan kita memberikan ilmu yang bermanfaat. Kesihatan jasad pula ialah dengan makanan yang baik dan latihan fizikal yang besesuaian.

Bagaimana pula makanan untuk nafsu. Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan mendidik atau ta'dib atau seumpama mengekang dan mengawal nafsu. Kita tidak boleh mengikut kesemua kehendak nafsu. Sebab itu puasa adalah antara amalan yang baik untuk nafsu kita. Kita tidak makan dan melakukan hubungan seks pada siang hari walaupun ia merupakan perkara yang diharuskan.

Bila nafsu dikawal, diri akan merasa bersyukur dan puas apabila kita mendapat sesuatu nikmat. Kehidupan akan terasa dan kebahagiaan akan terserlah. Jangan kita sangka orang yang hidup mewah, harta banyak, rumah besar, penyokong ramai dan punya kuasa itu berbahagia. Mereka yang sentiasa melayan kehendak nafsu (tak semestinya yang haram sahaja) tidak akan bahagia kerana nafsu kita ini tidak ada hadnya. Kalau diberi satu bukit emas, manusia mahu satu bukit lagi.

Oleh itu apabila kita meletakkan had kepada nafsu kita, barulah kita merasa gembira, seronok dan bahagia.