7/2/09

Hartamania

Saya ada beberapa kali tertonton rancangan 'hartamania' kerana ia sedang ditonton oleh anak saya pada waktu petang. Rancangan ini di kendalikan oleh Nabil dan rakannya. Secara umum rancangan ini melibatkan 3 orang pelajar yang bersaing untuk mendapatkan harta karun di sebuah pulau. Imej Nabil dan rakannya adalah seperti lanun dan orang asli. Bahasa yang digunakan lebih untuk mencuit tawa penonton terutama kanak-kanak dan bukan memberi mereka nilai-nilai murni yang sesuai.

Bagi saya rancangan ini menanamkan sifat materialistik dalam jiwa anak-anak. Persaingan antara manusia ialah untuk mendapatkan harta karun. Soalan-soalan yang diutarakan adalah tidak membina pemikiran pelajar.

Sewajarnya kanak-kanak ditanam dengan sifat bekerjasama mencari bekalan yang perlu untuk kehidupan yang kekal abadi nanti di akhirat. Bekalan tersebut adalah berupa ilmu, akhlak, jiwa yang murni dan amalan-amalan soleh

No comments: