12/31/09

Konflik Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah ?

Beberapa penulisan dalam surat khabar terutama oleh Ustaz Uthman Elmuhammadi dan Yayasan Sofa telah mengkritik pendekatan Ibn Taimiah, Muhammad Abd Wahhab dan sealiran mereka tentang pembahagian tauhid kepada 3 iaitu tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma wa sifat.

Bagi saya kritikan tersebut adalah tidak wajar kerana ini adalah persoalan pendekatan dalam memahami aqidah atau tauhid. Pelbagai pendekatan telah dikemukakan oleh ulamak sepanjang sejarah umat ini. Oleh itu ia adalah perkara ijtihadi dan berkaitan dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan Ibn Taimiah ini telah diterima oleh ramai pihak pada masa kini. Buku-buku teks sekolah dan universiti di Malaysia dan negara-negara Islam lain sebahagian besarnya menggunakan pendekatan ini. Penerimaan ini adalah kerana ia merupakan satu penjelasan yang mudah tentang aqidah dan dapat dilihat secara praktikalnya dalam kehidupan. Gerakan Islam pula kini menggunakan pendekatan ini dalam program-program tarbiyyah dan dakwah mereka.

Ini berbeza dengan pendekatan lama iaitu sifat 20 yang agak bersifat falsafi. Saya kira 90% pelajar tidak memahami apa yang dipelajari dan dari cara penerangan guru juga saya dapati mereka sendiri tidak benar-benar memahami apa yang diajar. Mungkin ini disebabkan oleh pendekatan Imam Ashari dan Imam Maturidi pada masa mereka yang menghadapi ancaman falsafah dan ilmu kalam terhadap aqidah umat Islam. Hanya pelajar yang benar-benar berminat dan mempunyai masa yang lama dalam menuntut ilmu terutamanya pelajar di pondok-pondok yang dapat memahami aqidah Islam melalui pendekatan ini.

Kedua-dua pendekatan ini mempunyai sejarah latarbelakang yang panjang dan mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam sebagai Addin. Dan perkara yang diperselisihkan adalah bersifat furu’, ijtihadi dan pendekatan pengajaran. Oleh itu saya menyeru agar kedua-dua pihak tidak menyalahkan antara satu sama lain. Tumpuan sewajarnya diberikan kepada perkara-perkara usul dan disepakati. Kita mesti menonjolkan Islam adalah mudah dan menarik untuk difahami.

12/10/09

Sedikit Tentang Imam Zarkasyi Dari Anak Didiknya



Pada hujung minggu lalu saya sempat mengunjungi satu pusat pendidikan guru diperingkat sekolah menengah iaitu Pondok Modern Darussalam Gontor Indonesia. Saya pernah menulis dalam blog ini tentang pengasas pondok iaitu Kiyai Hj Imam Zarkasyi. Saya telah membaca beberapa buku tentang beliau.

Pada kunjungan saya itu, saya sempat menemui seorang bekas anak didik almarhum Imam Zarkasyi, iaitu Pak Jufri seorang pengusaha restoran yang berjaya di Bogor. Beliau ke Gontor kerana menziarahi 2 orang anaknya yang sedang belajar disitu.

Sebaik saya mengetahui bahawa beliau sempat menerima limpahan cahaya pendidikan dari Imam Zarkasyi saya terus bertanyakan tentang almarhum. Beliau sebak dan menunjukkan pada saya tangannya yang kelihatan bulu romanya tegak. Beliau menyatakan begitulah setiap kali jika ada orang yang bertanyakan tentang almarhum.

Banyak cerita-cerita yang diberikannya kepada saya terutama cerita disaat-sat akhir almarhum sakit dan bagaimana semua santri pondok yang melebihi seribu orang bangun dari tidur pada jam 3 pagi apabila mendapat tahu almarhum telah pulang kerahmatullah di rumah sakit umum di Bandar Madiun, Jawa Timur.

11/25/09

Adakah Ikhwan Dengan Hanya Amal Ikhwani ?



Ada beberapa blog yang saya baca mengembar-gemburkan bahawa yang penting adalah amal ikhwani dan mengamalkan fikrah-fikrah Imam Syahid Hasan AlBanna bukan keanggotaan kepada Ikhwan Muslimin. Pandangan ini sebenarnya bukan baru, tetapi telah muncul di sepanjang sejarah Ikhwan Muslimin di mana-mana negara pun.

Biasanya pandangan ini lahir dari kalangan mereka yang sudah tidak dapat bersama mainstream gerakan ikhwan.

Para pembaca boleh mendapatkan huraian lanjut bagi menjawab persoalan ini dalam artikel pada capaian berikut :

http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2009/11/ikhwan-mengajar-ketidak-taatan-kepada.html

11/12/09

Fenomena Fiqh Tanpa Dalil

Antara hujah utama kumpulan salafi kepada amalan umat Islam di Malaysia ialah mentaqlid Mazhab Syafie tanpa dalil dan hujah. Taqlid seumpama ini bagi mereka adalah dianggap taqlid buta. Fenomena kritikan seperti ini berlaku disemua negara umat Islam.

Bagi saya, ianya adalah bersifat pendekatan pengajaran. Kalau kita membaca sejarah perkembangan ilmu Islam seperti aqidah, nahu dan fiqh kita akan mendapati ilmu-ilmu ini melalui beberapa fasa yang utama iaitu :

1. Quran dan hadis di zaman Rasulullah
2. Penambahan ijtihad para sahabah dan tabiin
3. Pembentukan mazhab oleh imam-imam yang besar
4. Perluasan ijtihad di setiap mazhab bedasar methodologi imam-imam
5. Ringkasan terhadap keseluruhan ijtihad dan fatwa yang sangat luas
6. Ringkasan dalam bentuk matan agar mudah dihafal
7. Syarah kepada matan tersebut
8. Hasyiah (syarah kpd syarah matan)

Dari sejarah tersebut kita dapati bahawa pada peringkat ke lima dan seterusnya hampir sebahagian besar fakta ilmu yang disampaikan tidak disertakan dalil kerana untuk tujuan pendidikan dan keterbatasan masyarakat untuk mengambil ilmu dari sumber yang terlalu luas. Masyarakat belajar dan mengamalkannya turun temurun dengan penuh keyakinan terhadap mazhab yang di pegang oleh ulamak negara mereka. Mereka yakin bahawa semua yang dilakukan adalah berdasarkan dalil dan methodologi yang sangat ketat.

Amalan bermazhab sebegini bagaimanapun berikutnya menimbulkan taasub bahawa mazhab mereka sahaja betul dan mazhab lain salah kerana mereka tidak melihat perbezaan-perbezaan yang wujud dari asas dalil. Bila fenomena ini berlaku, maka ramai yang menyalahkan kaedah pengajaran ilmu tanpa dalil ini. Maka timbul lah ajakan kepada membebaskan diri dari taqlid, terus merujuk quran sunnah, tak perlu mazhab dan sebagainya.

Perseteruan bukan lagi antara mazhab-mazhab tetapi antara yang berpegang kpd mazhab dengan yang tanpa mazhab.

Kalau kita melihat senario apa yang telah saya bentangkan tadi ada sekurang-kurangnya 2 perkara yang perlu kita insafi
1. Untuk mengatakan bahawa fakta-fakta ilmu yang diamalkan oleh masayarakat hari ini tidak bersandarkan dalil adalah tidak benar kerana perkembangan ilmu di fasa ke lima dan seterusnya adalah dari fasa pertama hingga keempat yang padat dengan perbincangan dalil.
2. Untuk mengatakan bahawa mazhab yang sudah ada kini adalah telah lengkap dan kita tidak memerlukan pandangan di luar mazhab juga tidak tepat kerana tabiat Islam yang syumul dan waqie mununtut umat Islam untuk terus berfikir mencari penyelesaian terhadap keperluan kehidupan yang kadang-kadang kita terpaksa berfikir diluar kotak satu mazhab.

Oleh itu yang penting ialah kita berlapang dada dengan perbezaan sesama umat Islam dan tumpuan semestinya ditumpukan kepada umat Islam yang belum mengamalkan Islam dan kepada yang belum Islam agar mereka rasa terbimbing untuk menganut agama yang suci ini.

Kita Hilang Keutamaan Berfikir dan Bertindak

Seorang sahabat saya Prof Mohd Nazari Ismail, Profesor di bidang perniagaan antarabangsa di Universiti Malaya telah memberi satu komen tentang apa yang berlaku kepada Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Berikut catatan beliau :

saya merasa sangat sedih melihat keadaan konflik ini yang semakin teruk.
bagi saya ramai alim ulamak Melayu masih sibok dengan isu remeh temeh. kemudian akhirnya bergaduh sesama sendiri dalam hal yang bukannya isu pokok.

Sebagai contoh, jutaan manusia termasuk umat islam di Malaysia sendiri sedang merana kerana menjadi mangsa sistem riba. sistem ini masih kuat dan masih dipertahankan. dan ianya menjadi unsur utama kepada masaalah2 lain seperti krisis hutang dikalangan umat islam, perpecahan keluarga, kadar jenayah yang meningkat dan berbagai2 masaalah lagi.

malangnya tak ramai alim ulamak yang menjadikan isu sistem riba ini sebagai isu utama. Lihat di sekeliling kita dan kita akan jelas nampak tokey riba berugama islam di malaysia bebas bergerak dan memperkembangkan industri mereka. mereka memberi ucapan di merata2 tempat dan mendapat liputan akhbar. Bahkan ramai mendapat gelaran dato' dan tan sri walau pun mereka bergelumang dalam dosa besar yang disebut oleh Nabi S.A.W sebagai lebih teruk dari dosa zina.

Tetapi jarang kita dengar mereka dikutuk oleh alim ulamak Melayu dengan lantang. Memang ada alim ulamak yang sedar dan mengutuk riba dan tokey riba. Tetapi nampaknya lebih ramai lagi yang sedang sibok mengutuk sesama sendiri berkenaan isu2 furu'.

Saya sendiri ada perbezaan pendapat dengan Dr. Asri berkenaan banyak isu. Namun saya rasa masalah Dr. Asri adalah kecil berbanding dengan masalah lain yang melanda masyarakat kita. Bagi saya tokey riba dan mereka yang mengajar ilmu riba adalah jauh lebih bahaya berbanding dengan beliau.

Saya bimbang rakyat islam yang jahil ugama akan semakin hilang thiqah kepada alim ulamak Melayu kerana konflik ini. Mungkin orang bukan Islam pun hilang hormat kepada umat Islam malaysia sebab kita asyik gaduh sesama sendiri. Puak UMNO gaduh sesama UMNO. UMNO juga gaduh dengan PAS. Puak2 PAS juga gaduh sesama sendiri. Sekarang ulamak yang tak ahli politik pun gaduh sesama sendiri. Tapi kita orang Islam selalu bagitahu orang bukan Islam bahawa Islam adalah satu-satunya ugama yang boleh menjamin perpaduan ummah! Kartun tak?

Alim ulamak sepatutnya memberi panduan kepada masyarakat supaya mereka nampak bagaimana Islam boleh menyelesaikan masaalah sosial, moral, ekonomi dan kewangan yang begitu serius yang sedang melanda manusia sekarang. Adakah ini sedang dilakukan dengan gigih oleh alim ulamak Melayu atau adakah mereka sedang gigih mengutuk sesama sendiri?

Saya bukan nak mengutuk sesiapa cuma sekadar mintak kita semua memikirkan atau mengintrospeksi kan keadaan permasalahan Islam di Malaysia sekarang dan cuba membezakan antara isu pokok dan isu yang tidak pokok.
Allahua'lam. Ribuan maaf kalau terkasar bahasa.

Mohd Nazari Ismail, PhD.
Professor
Faculty of Business and Accounting
University of Malaya

http://profnazari.blogspot.com/

11/7/09

Sٍaya Kehilangan Seorang Lagi Sahabat

Pada malam semalam, saya menerima sms dari Ustaz Rosli Mokhtar yang berbunyi 'Dr Farid Ansori meninggal'. Fikiran saya mula mencari-cari siapakah orang yang dimaksudkan oleh Ustaz Rosli. Terkeluarlah satu gambaran susuk tubuh seorang insan dalam kotak pemikiran saya. Ingatan saya terhadap insan tersebut terbukti benar apabila berikutnya saya menelefon Ustaz Rosli.

Saya mula mengenali almarhum semasa saya di tahun satu pengajian di Universiti Mohamed V, Rabat, Morocco. Ketika itu beliau sedang menyiapkan kerja2 terakhir thesis master pengajian Islam. Semasa saya di tahun dua hingga empat pengajian sarjanamuda, beliau sibuk pula menyiapkan thesis Phd. Beliau seorang yang gigih dan rajin, banyak membaca, luas ilmu pengetahuan Islam, menguasai ilmu-ilmu teras, alim dalam fiqh dan usul, aktif dalam dakwah dan rajin menulis. Kelibat beliau pasti ada dalam setiap wacana ilmu Pengajian Islam di Universiti sebagai pembicara, pembentang dan pemberi komentar. Beliau membesar dalam suasana segar kesarjanaan ilmu-ilmu fiqh, hadis, usul fiqh dan maqasid syariah bersama Syeikh-syieikh Dr Farouq Hamadah, Dr Raisuni dan Dr Arrugi, Dr Sa'duddin Uthmani dll.

Semangat-semangat mereka sangat mengesani jiwa saya dan memberi satu dimensi yang sangat dinamik dalam saya meneroka ilmu-ilmu Islam. Azam untuk saya mendaki setinggi mungkin tahap pengajian adalah saya perolehi dari mereka termasuklah almarhum.

Al Marhum Dr Farid telah memberikan sumbangan yang banyak kepada gerakan ilmu Islam dan ada banyak lagi yang beliau boleh sumbangkan. Tetapi Allah lebih mengetahui untuk mengambil beliau dari kita pada usia yang muda iaitu 49 tahun.

ٍKita mesti merebut usia yang berbaki kepada kita untuk beramal sebanyak mungkin dan meninggalkan perkara-perkara yang baik untuk generasi akan datang sebagai amal jariah kita.

Selamat jalan Almarhum Dr Farid AlAnsori menuju Rabb AlJalil. Semoga almarhum dihimpun bersama orang yang soleh dan kita akan ikut sama nanti dalam himpunan tersebut.

Berikut ini saya petik beberapa maklumat tentang berita dan peribadi almarhum.

وفاة الشيخ العلامة فريد الأنصاري

انتقل إلى رحمة الله مساء الخميس 5-11-2009 الشيخ العلامة الدكتور فريد الأنصاري بتركيا حيث كان في رحلة علاجية، بحسب مقربين منه. وسيتم نقل جثمان المرحوم إلى المغرب السبت 7-11-2009 ثم ستشيع جنازته الأحد،
بمدينة مكناس على أن تقام صلاة الجنازة بمسجد "الروى" قبل أن يوارى الثرى في مقبرة الزيتون.

ولد الدكتور فريد الأنصاري بإقليم الراشدية جنوب شرق المغرب سنة 1380 هجرية الموافق لسنة 1960م.
حاصل على :
إجازة في الدراسات الإسلامية من جامعة السلطان محمد بن عبد الله – كلية الآداب فاس.-
- دبلوم الدراسات العليا-الماجستير- في الدراسات الإسلامية تخصص أصول الفقه من جامعة محمد الخامس – كلية الآداب الرباط.
- دكتوراة الدولة في الدراسات الإسلامية تخصص أصول الفقه من جامعة الحسن الثاني – كلية الآداب المحمدية

عضو مؤسس لمعهد الدراسات المصطلحية التابع لكلية الآداب و العلوم الإنسانية.
أستاذ لكرسي التفسير بالجامع العتيق بمدينة مكناس.
رئيس لقسم الدراسات الإسلامية بكلية الآداب جامعة المولى إسماعيل بمدينة مكناس.
أستاذ لأصول الفقه و مقاصد الشريعة بجامعة المولى إسماعيل بمدينة مكناس.
رئيسا لوحدة الفتوى و المجتمع و مقاصد الشريعة لقسم الدراسات العليا بجامعة المولى إسماعيل بمدينة مكناس.

بعض إنجازاته العلمية:
التوحيد و الوساطة في التربية الدعوية,
أبجديات البحث في العلوم الشرعية,
المصطلح الأصولي عند الشاطبية
...
بعض إنجازاته الأدبية:
ديوان القصائد,
جداول الروح,
ديوان الإشارات.

Penangkapan yang tidak wajar

Ramai rakan dan pelajar bertanyakan kepada saya tentang penangkapan Dr Mohd Asri oleh JAIS. Pembaca boleh melihat pendangan awal saya dalam akhbar maya 'Malaysia Harmoni' pada pagi sebelum Dr Mohd Asri di bawa ke mahkamah syariah.

Berikut link akhbar tersebut.

http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/nasional/nasional-category/142-tangkapan-tidak-sepatutnya-berlaku-dr-azhar-

11/6/09

Adakah Anda Akan Berkorban ?

Satu perkara yang menjadi ingatan manis buat saya sepanjang 5 kali berhari raya aidil adha di Morocco ialah setiap rumah disana akan membuat korban sekurang-kurangnya seekor kambing. Masyarakat arab Morocco bukanlah dari kalangan mereka yang senang seperti masyarakat arab di negara-negara teluk. Ada kalangan mereka yang kais pagi makan pagi, tetapi tetap menyembelih korban pada pagi hari raya tersebut.

Pada pandangan saya, masyarakat muslim di Malaysia jauh lebih senang daripada masyarakat di Morocco. Tapi apa yang mendukacitakan saya ialah menyembelih korban bukan menjadi amalan kita di sini. Para pembaca boleh perhatikan jumlah yang ikut korban nanti di Masjid dan surau. Satu masjid yang besar yang masyrakat islam disekelilingnya berjumlah ratusan ribu hanya berkorban 10 ekor lembu. Yang bermakna hanya 70 orang sahaja yang terlibat berkorban. Katakanlah jika dicampur semua surau yang ada disitu jumlah lembu yang dikorban sebanyak 100 ekor. Maknanya baru 700 orang yang berkorban. Dimana yang lain ?.

Saya menyeru kepada pembaca terutamanya pelajar2 saya yang telah berkerja. Marilah kita berkorban pada tahun ini. Fiqh membenarkan kita berkorban satu keluarga untuk satu bahagian. Marilah kita mengejar ganjaran yang besar dari korban.

Saya catatkan dibawah ini pensyariatan dan kelebihan berkorban untuk ingatan kita bersama.

Pensyariatan Qurban

1.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

2.Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

3.Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

1.Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".
(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2.Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".
(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3.Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
(Hadis riwayat Thabrani)

4.Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
(Hadith riwayat Tirmidzi)

5.Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

11/1/09

1 Dasar Kerajaan Yang Membebankan

Ada satu keputusan kerajaan atau MITI pada minggu lalu yang sangat mengecewakan saya iaitu dasar pemeriksaan mandatori di Puspakom kereta yang melebihi 15 tahun.

Ini kerana saya memiliki kereta Honda Accord 1.6 keluaran tahun 1982 yang berusia 27 tahun. Kereta ini masih baik dan saya gunakan untuk keperluan harian di sekitar Bukit Beruntung. Untuk perjalanan jauh, saya mempunyai kereta lain yang dapat memuatkan saya, isteri dan 7 orang anak.

Kereta ini mempunyai sentimental value buat saya kerana saya beli dengan gaji saya dibulan2 awal bekerja. Kereta itu juga saya beli untuk memudahkan saya membawa anak sulung saya yang baru lahir. Sebelum itu, saya dan isteri hanya menggunakan motor yamaha CDI 70cc.

Tapi yang lebih penting dari itu, jika sekiranya saya 'trade in' kereta tersebut dengan kereta baru proton atau perodua yang berharga sekitar RM 40 ribu, maka saya perlu berhutang membayar RM500 selama 9 tahun. Ini satu beban yang mesti saya tanggung. Wang sebanyak itu lebih baik saya gunakan untuk simpanan masa depan, atau pendidikan anak2 atau sedeqah jariah kepada mana2 institusi Islam yang produktif.

Bagi banyak orang, hutang kenderaan ini adalah kepada institusi kewangan konvensional yang asas kontraknya riba. Riba adalah satu dosa besar yang sangat dimurkai Allah yang lebih hina 36 kali ganda dari zina.

Alasan2 kerajaan untuk menjustifikasikan dasar ini seperti kadar kemalangan yang tinggi dan pencemaran alam adalah tidak disokong oleh data yang jelas.

Bagi saya, sebab utama dasar ini adalah untuk melindungi industri automotif negara. Tapi dlm keadaan kepercayaan rakyat yang rendah kepada proton dan perodua akan menyebabkan toyota, honda dan nissan yang mengaut keuntungan besar.

Apakah pula jaminan kerajaan bahawa tidak akan berlaku unsur-unsur rasuah, ulat dan orang tengah dalam pemeriksaan kereta2 lama ini di puspakom. Sejarah syarikat tersebut adalah mengecewakan dan tidak boleh dipercayai.

Saya menyeru kerajaan, MITI dan YAB Perdana Menteri agar mengotakan motto 'rakyat didahulukan' dengan menarik dasar ini. Jika kerajaan meneruskan dasar membuang kereta lama untuk menjana industri kereta baru, saya yakin rakyat dalam pilihanraya akan datang akan membuat dasar 'membuang kerajaan lama untuk digantikan dengan kerajaan baru'.

Keluhan ini bukan dari saya seorang tetapi kesemua yang saya temui yang mempunyai keadaan seperti saya.

10/28/09

Selamat Jalan Syeikh Hassan Bashir

Pada pagi hari khamis 22/10/09 minggu lalu, sedang saya menunggu rakan dikereta untuk bersama ketempat kerja, saya mendapat sms dari Dr. T bahawa Syeikh Hasan Bashir (SHB) dalam keadaan tenat. Sepanjang perjalanan ketempat kerja saya berdoa kesihatan beliau sambil mengimbau beberapa pertemuan termasuk membantu Us Anuar Fakhri menterjemah secara selari ceramah beliau. Berikutnya saya menerima sms lain yang menyatakan SHB telah kembali kerahmatullah. Saya menunggu2 sms berikutnya untuk mengetahui perkembangan pengurusan jenazah.

Setelah mengetahui bahawa jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid UPM selepas asar saya pun kesana sekitar jam 3. Alhamdulillah hari khamis saya tidak mempunyai jadual pengajaran. Sampai dimasjid telah ramai ikhwah disana ketika jenazah sedang dimandi dan dikafankan. Raut wajah ikhwah menampakkan kesedihan. Saya menemui beberapa orang yang telah lama saya tak ketemui.

Setelah solat asar, terus dijalan solat jenazah yang diimamkan oleh Dr Laith. Ramai yang bersama dalam solat ini dengan membentuk lebih 7 saf. Terdengar suara sayu Dr Laith dalam takbir-takbir solat tersebut. Saya sendiri merasakan itulah ketikanya saya sangat ikhlas dan reda dengan doa yang saya baca untuk jenazah.

Sebaik selesai solat jenazah, Dr Laith memberikan ucapan yang menyatakan sumbangan yang besar SHB dalam perjuangan Islam ini. Berikutnya Prof Malek Badri yang merupakan sahabat almarhum dari sudan turut memberi penyaksiannya terhadap kegigihan almarhum. Prof Dr Hatta Sharom berikutnya telah menterjemah ungkapan2 Dr Laith dan Prof Malek Badri tadi.

Berikut yang memberi penyaksian kekaguman terhadap almarhum adalah Syeikh Abu Ammar Muhammad Ahmad Arrashid. Beliau menyifatkan SHB dengan beberapa sifat (yang saya ingat),
1. Da'i
2. Murabbi.
3. Mujahid. Pernah ikut sama dlm perjuangan di Afghanistan
4. Muhajir. Berhijrah dari Sudan ke Indonesia
5. Setia. Sentiasa setia dengan perjanjian dakwahnya. Juga tidak menceraikan isterinya walaupun tidak memperolehi anak. Dan kalau tak silap pendengaran ana juga tidak berkahwin lain.

Ketika mendengar ucapan Syeikh Muhammad Aahmad Arrashid, itulah detik yang paling sayu saya pernah mendengar satu tazkirah. Ini kerana hebatnya si penutur, dan hebatnya orang yang sedang diperkatakan.

Semoga kita akan mengikuti perjalanan almarhum dan mendapat rezki kematian mulia sebagaimana almarhum.

Al Fatihah buat Almarhum Syeikh Hassan Bashir. Selamat jalan dan kita akan ketemu lagi dialam yang baqa nanti

10/20/09

Istanbul Abadikan Banyak Peninggalan Tamadun Dunia

KEHEBATAN Istanbul sebagai salah sebuah bandar raya dunia bermula 200 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi.

Istanbul, kotanya berdiri di dua benua antara Asia dan Eropah kini menjadi kota metropolis kebanggaan Turki kerana sejarahnya yang lahir daripada tamadun bangsa silih berganti.

Kesan peninggalan tamadun seawal alaf ketiga Sebelum Masihi dari bangsa Assyrian hingga ke zaman Byzantine boleh ditemui di laluan sutera Anatolia, penyambung Barat dan Iimur dunia.

Pada muara Selat Dardanelles pernah muncul kota Troy yang terkenal dengan peristiwa kuda trojan 3,600 tahun Sebelum Masihi.

Selat yang sentiasa sibuk dengan kapal perang yang sebahagiannya terkubur di dasar Dardanelles pernah diseberangi orang Parsi, bala tentera pimpinan Alexander the Great, orang Rom, Byzantine dan Arab.

Kejayaan pasukan Gazi Sulaiman Pasa menyeberangi Selat Dardanelles pada 1354 dari Asia dan menawan kota Byzantine di Callipolis dicatatkan sejarah sebagai kejayaan pertama Uthmaniyah di Eropah.

Malah laut dan pantai di selat itu menjadi saksi pertempuran yang berlarutan selama sembilan bulan dari April 1915 hingga awal 1916 antara tentera bersekutu yang dipimpin Sir Winston Churchill dengan kerajaan Uthmaniyah.

Perang Cannakale di Semenanjung Gallipoli itu menyaksikan kegagalan kuasa Barat mencapai objektif mereka, kononnya mahu mengekang ancaman terhadap negara sekutu di Balkan.

Ternyata persenjataan lengkap, teknik dan taktik perang semata-mata tidak memadai untuk pihak bersekutu mara dan mencapai objektif mereka, sebaliknya menyaksikan setengah juta nyawa tentera bersekutu menjadi taruhan di Gallipoli.

Pasukan bersekutu yang dianggotai Australia, Britain, Perancis, India dan New Zealand yang mendarat di pantai barat semenanjung ini tidak menjangka mereka akan berkubur di wilayah asing itu.

Tentera Turki sememangnya telah bersedia menggadaikan darah dan nyawa apabila tentera bersekutu British dan Perancis mula mendarat di hujung Semenanjung Gallipoli, sementara Australia dan New Zealand mendarat di Anzac Cove.

Pendaratan kedua pasukan bersekutu hampir empat bulan kemudiannya pada 7 Ogos 1915 di Teluk Suvla juga tidak membawa mereka untuk mara lebih jauh, tetapi melihat penambahan jumlah korban di kedua-dua belah pihak.

Dalam serangan awal tentera bersekutu di Anzac Cove, 10,000 anggota Turki cedera manakala dianggarkan 3,000 yang lain terkorban.

Berkat keberanian dan semangat juang anak Turki mempertahankan Semenanjung Gallipoli, menjelang 1916 atau selepas sembilan bulan bertempur, pasukan bersekutu akhirnya berundur dari wilayah Turki.

Selain kisah Perang Dunia Pertamanya, cerita perang zaman purba yang berlaku 3,600 tahun Sebelum Masihi turut menarik pelancong untuk melihat kuda kayu di Truva atau Troia, taman sejarah negara.

Mengikut sejarah kuda trojan, kuda kayu yang ditinggalkan tentera Sparta diheret masuk ke dalam kota untuk dipersembahkan kepada Dewi Athena, sekalipun sudah diberi amaran ia mungkin suatu tipu muslihat orang Greek.

Menjelang dinihari, perajurit Sparta yang bersembunyi di dalam kuda kayu keluar menyerang penghuni kota yang nyenyak tidur, serta membakar rumah dalam kota Troia.

Perang Trojan meletus apabila Paris, putera Raja Troia melarikan permaisuri Raja Spartan, Helen.

Selama 10 tahun Raja Spartan mencuba merampas kembali permaisurinya tetapi gagal hinggalah muslihat kuda trojan digunakan.

Kisah kuda trojan dan perang Cannakale hanya pengajaran bahawa musuh sentiasa mencari helah mengabui mata kasar yang lalai dan bersedia memecah masuk ke kubu yang lemah.

10/16/09

UMNO Mahu Perangi Rasuah

Malam semalam saya mengikuti Buletin Utama TV 3 untuk melihat perkembangan Persidangan UMNO. Perwakilan telah meluluskan pindaan perlembagaan terhadap 7 pasal. Ucapan dasar presiden menjelaskan bahawa pindaan ini menjadi asas kepada transformasi parti, demokratik, bersih dan usaha memerangi rasuah.

Bagi saya, satu peluang terbaik untuk UMNO dilihat bersih dan bersungguh2 memerangi rasuah ialah semasa memilih calon dalam PRK Bagan Pinang yang lalu. UMNO telah mensia-siakan peluang tersebut dengan memilih calon yang pernah disabitkan dengan rasuah. Alasan presiden untuk memberi peluang kedua kpd Tan Sri Isa adalah tak boleh diterima dalam konteks memilih pemimpin.

Pindaan tersebut adalah bersifat kosmetik kerana perkara-perkara asas yg ada dalam diri pemimpin dan ahli2 UMNO masih belum berubah.

Cara Dr Mahathir senyum semasa persidangan itu pun macam sinis dan tak yakin. Kerana semasa beliau berkuasa, macam2 yang telah dilakukan utk UMNO tetapi gagal.

10/15/09

Apa Panggilan Untuk Saya

Semalam saya ditanya oleh 3 orang rakan sekerja (kakitangan sokongan)tentang apakah panggilan yang lebih saya suka, samaada ustaz atau doktor. Secara spontan saya menjawab ustaz. Mereka kata nak dapat PhD susah dan lama. Saya kata nak judi ustaz lagi lama dan susah.

Berikutnya apabila saya berkeseorangan dibilik, saya teringat peristiwa 30 tahun yang lalu sewaktu saya ditingkatan 1 dan baru bersekolah di Maahad Hamidiah Kajang. Setiap kali saya pulang kerumah semasa cutu penggal, kawan-kawan saya dikampung memanggil saya dengan gelaran ustaz. Saya enggan dan menyatakan kepada mereka keberatan saya untuk memikul gelaran itu. Saya berhujah kepada mereka sekolah agama tak semestinya jadi ustaz dan saya belajar seperti mereka disekolah biasa cuma dengan sedikit tambahan matapelajaran bahasa Arab.

Saya amat bersyukur dengan agenda Allah kepada saya ini. Saya bisa jadi 'Pak Ustad', panggilan beberapa teman semasa saya mengadakan lawatan ke Indonesia. Dan saya bercita-cita untuk suatu ketika dipanggil pula 'Pak Kiyai'.

Pahala Selepas Kematian

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Dalam satu hadis lain yang lebih mashur bagi kita. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


Dicatat

10/13/09

Gempa Di Padang dan Al Quran

Beberapa tulisan dalam dunia cyber membuat analisis ini. Maka saya paparkan untuk renungan kita bersama.

"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Wallahua'lam

9/10/09

GURUKU

Di Bulan suci Ramadhan ada seorang ayah yang mengajak anaknya berziarah ke makam datuk dan neneknya. Setelah berziarah ke makam datuk dan neneknya sang ayah menghampiri makam yang lainnya. Mengetahui hal itu si anak bertanya, 'Makam siapakah ayah?'

'Ini makam gurunya ayah,' jawab sang ayah.

'Apakah guru ayah waktu sekolah dulu? tanya anaknya.

'Bukan,' jawab sang ayah.

'Terus guru waktu ayah dimana?' tanya anaknya kembali.

'Guru kehidupannya ayah. Dulu sewaktu ayah masih muda, orang ini mengancam akan membunuh ayah, karena ayah ketakutan, ayah berlindung kepada Alloh SWT. Ayah menjadi rajin beribadah memohon perlindunganNya. Bukankah pengancam ini telah menjadi gurunya ayah?' jawab sang ayah.

Kebaikan adalah guru, keburukan juga guru. Pujian adalah guru, makian juga guru. Penghargaan adalah guru, ancaman juga guru. Apapun yang hadir di dalam hidup kita adalah guru kehidupan bila kita mampu memetik pelajaran dari setiap peristiwa yang kita alami dalam kehidupan sehari-hari.

Namun seringkali pujian, perhargaan, kebaikan membuat kita menjadi lupa daratan, sementara sakit, makian, ancaman, keburukan menjadikan kita lebih mendekatkan diri kepadaNya. Begitulah cara Alloh SWT agar kita selalu ingat kepadaNya. Tujuannya cuman satu, agar kita bertaqwa kepada Alloh SWT.

8/21/09

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Ramadhan datang lagi. Semoga kita dapat pertingkatkan amalan puasa, solat tarawih, tilawah quran, sedekah dan lain-lain lagi.

7/25/09

1 Teori Tentang Kematian Michael Jackson

Kalau kita melihat cerita-cerita penyiasatan jenayah dalam TV seperti CSI dan lain-lain, biasanya apa yang dicari pada peringkat awal ialah teori tentang bagaimana jenayah tersebut terjadi.

Teori ini dibina dari beberapa kaitan antara maklumat dan bukti awal yang diterima. Setelah itu, pihak penyiasat akan terus mengumpul bukti yang selari dengan teori tersebut sehingga siapnya kertas penyiasatan untuk diserahkan kepada pihak pendakwaan. Ada juga terjadi mereka menemui teori lain yang lebih tepat dengan maklumat dan bukti baru yang ditemui.

Berdasarkan fakta ini, saya suka melihat apa sebenarnya yang terjadi pada kematian penyanyi Michael Jackson beberapa minggu yang lalu. Kemungkinan kebenaran teori ini adalah tidak dapat dipastikan. Wallahua'lam. Saya sekadar membawanya untuk meklumat kita bersama.

Berikut adalah satu catatan teori tentang kematian tersebut :

Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.

However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain .

In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Since that, MJ's life was never the same again.
He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.

For several years, he stayed in England . Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready.

Following his trial, MJ withdrew to Bahrain , where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain ’s king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought.”
MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran).


Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend’s house in Los Angeles .
He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008.

He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...."

He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends.
At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA . It was because he thought he could escape the USA 's extortion, and that he could perform with yusuf Islam who is in England .

At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..."
Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..."
The next thing... He was pronouced dead at 2.26am....

When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time.
The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.

Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe.
The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.

In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."
Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows.

MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?

Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!!



MJ left us with this unfinished studio-recorded song, GIVE THANKS TO ALLAH. You can download this song here: http://www.filefact ory.com /file/ahb80ff/ n/Micheal_ Jackson_- _Give_Thanks_ To_Allah_ mp3

MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness...

Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.

So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed.

MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government.

These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.

7/21/09

Pengajian Islam di OUM

Pada hari ahad yang lalu saya terlihat iklan pengajian OUM di akhbar utama. Apa yang menarik perhatian saya ialah ujudnya kursus baru di peringkat Ijazah Dasar di bidang Pengajian Islam.

Ini adalah peluang yang baik bagi sesiapa yang ingin belajar di bidang ini samada mereka yang telah mempunyai ijazah lain atau kepada pelajar bidang agama yang tidak memperolehi tempat pengajian di IPTA dan IPTS.

Oleh kerana tabiat pengajian di OUM adalah bersifat jarak jauh maka mereka yang sedang bekerja berpeluang mendalami ilmu Islam secara separuh masa disini.

Saya juga menggalakkan agar sekolah-sekolah swasta menyediakan peluang pembelajaran di pengajian ini kepada guru-guru mereka. Guru-guru akan terus mengajar dan pada masa hujung minggu mereka menimba ilmu. Dengan sedikit masa yang fleksibel pihak sekolah akan mendapat tenaga guru dalam masa 4 hingga 5 tahun. Jika perjanjian tertentu dibuat, maka guru akan terikat beberapa tahun perkhidmatan. Guru mereka pula akhirnya akan mendapat ijazah Pengajian Islam.

7/14/09

Antara Jambatan Dunia dan Jambatan Akhirat

Islam mengajar kita bahawa kehidupan didunia adalah jambatan menuju akhirat. Kita tidak akan dapat akhirat tanpa melalui jambatan ini. Untuk itu kita perlu mengetahui bagaimana memanfaatkan jambatan ini untuk sampai kepada kehidupan yang abadi nanti diakhirat.

Islam juga mengajar kita bahawa adanya titian sirat mustakim yang merupakan jambatan menuju syurga. Berjaya atau tidak kita melalui titian ini adalah bergantung kepada amalan dan bekalan yang kita bawa semasa didunia.

Soal-soal jambatan inilah sepatutnya yang menjadi wacana perbincangan dan kerisauan kita manusia didunia ini. Bukan sangat pembinaan jambatan fizikal didunia. Jambatan dunia hanya bermakna kalau ia membawa kita kepada hidup diakhirat.

7/10/09

Konflik Di Xinjiang, China

Sumber : ls.yeo@kosmo. com.my

Memiliki ciri fizikal masyarakat Afghanistan, etnik Uighur di Xinjiang, China, sering berdepan dengan konflik antara agama di wilayah yang digelar laluan emas itu. Rusuhan terbaru yang mengorbankan 156 adalah buktinya.

IA bermula dengan satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu.
Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han. Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa.

Di sekitar jalan di Urumqi yang terletak kira-kira 3,219 kilometer dari barat Beijing, kenderaan-kenderaan dibakar dan dimusnahkan.
Kota yang terletak di wilayah Xinjiang dengan populasi seramai dua juta orang itu sekali lagi menyaksikan tragedi pertumpahan darah ekoran ketegangan antara etnik.

Sebelum ini, Urumqi sering menjadi contoh keharmonian antara etnik oleh masyarakat China. Malangnya, insiden keganasan pada Ahad lalu secara tidak langsung menoktahkan keamanan yang dikecapi selama ini.

Lontaran batu berterbangan memecahkan tingkap-tingkap bangunan manakala mayat-mayat bergelimpangan di jalan raya, sekali gus mengingatkan warga China terhadap peristiwa hitam di Dataran Tiananmen pada tahun 1989 yang mengakibat banyak kematian selepas pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

"Lindungi Xinjiang!," jerit ribuan pegawai pencegah rusuhan dan polis bersenjata sewaktu mereka dikerah ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan.
Setakat ini, seramai 156 orang telah terkorban. Rata-ratanya terdiri daripada etnik Cina Han manakala lebih 828 yang lain cedera. Siasatan awal mengesahkan sebanyak 261 buah kenderaan telah dibakar melibatkan 190 buah bas, 10 buah teksi dan dua kereta peronda polis.

Turut musnah ialah 203 buah kedai dan 14 buah kediaman. Lebih daripada 1,400 orang suspek juga telah ditahan oleh pihak polis.
Angka kematian ini sekali gus melakar sejarah keganasan etnik terburuk di China sejak berakhirnya Revolusi Budaya 1966-1976.
Keganasan ini sebenarnya mungkin boleh dielakkan jika pihak berkuasa tidak bertindak keras terhadap peserta-peserta protes.
"Kemarahan ini sudah lama terpendam. Pada awalnya, ia hanya satu perhimpunan aman. Ribuan orang menjerit: 'Hentikan diskriminasi etnik! Kami perlukan penjelasan!' Ramai yang sudah letih menderita dalam senyap," kata Dilxat Raxit, jurucakap untuk Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Kongres yang diadakan di Sweden ini dihadiri oleh golongan pejuang hak etnik Uighur yang dibuang negara.
Di sebalik protes tersebut, ada pihak beranggapan rusuhan itu berlaku atas sebab lain. Antaranya, termasuk faktor perbezaan status ekonomi, budaya dan agama yang timbul sejak berdekad lalu.

Tahun ini merupakan tahun ke-60 kemasukan pasukan tentera China ke wilayah Xinjiang. Tindakan yang disifatkan oleh kerajaan Beijing sebagai 'kebebasan secara aman' ini telah menyuntik kemajuan dan pembangunan ekonomi kepada wilayah serba daif ini. Bagi China, wilayah Xinjiang merupakan laluan emas ke Asia Tengah.
Namun, majoriti penduduk berbangsa Uighur yang berjumlah lapan juta orang itu berpendapat ia bukan satu perkembangan positif. Mereka mendakwa dipinggirkan secara sistematik berikutan 'penghijrahan' orang Cina Han yang dilihat telah mengeksploitasi sumber-sumber gas asli, pertanian dan minyak di Xinjiang.
Xinjiang yang diambil alih oleh Empayar China pada abad ke-19 ini memiliki populasi berjumlah 19 juta orang. Sekitar tahun 1949, hanya enam peratus daripada keseluruhan penduduk Xinjiang adalah masyarakat Cina Han.
Hari ini, bilangan kelompok masyarakat ini telah meningkat kepada 41 peratus. Sebanyak 45 peratus pula terdiri daripada etnik Uighur. Memiliki ciri-ciri fizikal orang Afghanistan, sebilangan besar warga Uighur yang berasal dari puak Turkic ini juga beragama Islam.
Kumpulan tentera Uighur yang telah dibuang negara, mendesak agar sebuah wilayah bebas, Turkestan Timur ditubuhkan.
Lantas, tidak hairanlah apabila kerajaan China terus menuduh golongan 'terbuang' ini sebagai dalang di sebalik serangan pengganas bersiri terhadap orang-orang awam Cina sejak tahun 1990-an.

Dalam serangan pengganas pada 11 September 2001, AS bukan satu-satunya yang menerima impak besar. Malah, China juga menerima penangannya.
Menyifatkan diri mangsa keganasan antarabangsa, China mengklasifikasikan pergerakan puak pemisah Uighur sebagai kumpulan al-Qaeda versi China.
China mendakwa kumpulan militan Uighur seperti Parti Islam Turkestan dan Pergerakan Islam Turkestan Timur telah menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan Taliban di Pakistan. Kedua-dua kumpulan militan ini telah disenarai hitam sebagai pengganas oleh Washington.
Bimbang akan keganasan yang bakal berlaku sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing pada tahun lalu, pihak berkuasa China telah bertindak menyerbu kem latihan kendalian Pergerakan Islam Turkistan.

Sejak Xinjiang diambil alih oleh Parti Komunis pada tahun 1949, Presiden Mao Zedong pada ketika itu berhasrat untuk mengasingkan umat Islam berdasarkan latar belakang etnik dan bukan identiti sebagai Islam. Sepanjang Revolusi Budaya, identiti umat Islam terus terdedah kepada serangan bertalu-talu daripada kerajaan China.
Pada tahun 1966, poster-poster yang ditampal di sekitar Peking (kini Beijing) secara terbuka mendesak ajaran agama Islam dihapuskan. Umat Islam juga diharamkan mempelajari bahasa penulisan Arab.
Perubahan ini cukup kritikal kerana ia menambahkan jurang umat Islam daripada bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran dan aspirasi Islam.
Ketika polisi Mao diperkenalkan, bilangan populasi umat Islam di negara komunis itu telah berkurangan sehingga 10 juta orang. Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang.
Penghapusan sekitar 38 juta orang umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan Kuomingtang pada ketika itu. Walaupun begitu, rayuan sejumlah sami Tibet atau pejuang-pejuang demokrasi di Dataran Tiannamen telah mengurangkan penghapusan umat Islam China secara beramai-ramai.

China berkali-kali menabur janji manis dari aspek kebebasan kepada warga Uighur. Namun, ia hadir dengan syarat tertentu.
Imam-imam diwajibkan memperoleh lesen daripada kerajaan negeri. Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di masjid ketika cuti sakit. Lebih teruk lagi, tiada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam.

7/2/09

10 Rukun Baiah

Sepuluh arkanul bai'ah (rukun-rukun bai'ah) dalam Risalah Ta'alim adalah:

1. Pemahaman. Telah diletakkan batas-batasnya dalam Ushulul 'Isyrin.
2. Ikhlas, yakni semata-mata mengharap ridha Allah dalam setiap kata dan tindakan.
3. Amal, yaitu sebuah ilmu dan ikhlas.
4. Jihad, yang dimulai dengan pengingkaran hati dan diakhiri dengan perang di jalan Allah.
5. Pengorbanan, yakni mempersembahkan jiwa, harta benda, waktu dan segalanya dalam rangka meraih cita-cita.
6. Taat, yakni melaksanakan perintah, baik dalam keadaan sulit maupun mudah, dalam keadaan berat maupun ringan, sepanjang tidak dalam rangka maksiat kepada Allah.
7. Tegar, yakni bahwa setiap anggota senantiasa bekerja dalam jihad menuju cita-citanya.
8. Kemurnian, yakni bahwa akal pikiran seorang anggota harus bersih dari jalan pikiran asing. Yang ada hanya jalan pikiran milik sendiri. Baik terhadap suatu prinsip ideologi maupun individu tertentu.
9. Ukhuwah, yakni pengikatan hati dan jiwa dengan ikatan aqidah.
10. Tsiqah, yakni kepercayaan dan kepuasan seorang jundi terhadap kemampuan dan ketulusan hati qiyadah-nya.

39 Kewajipan

1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
3. Jagalah kesihatan.
4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
5. Sentiasa berada dalam kebersihan.
6. Jangan bercakap bohong.
7. Jangan memunkiri janji.
8. Jadilah seorang yang berani.
9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
13. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
14. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
15. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
16. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
17. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
18. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
19. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
20. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
21. Jauhi riba.
22. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
23. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
24. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
25. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
26. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
27. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
28. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
29. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
30. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
31. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
32. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
33. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
34. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
35. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
36. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
37. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
38. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
39. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.

7 Usul Amal

1. Peribadi Islam
2. Keluarga Islam
3. Masyarakat Islam
4. Kerajaan Islam
5. Negara Islam
6. Khilafah Islam
7. Memimpin Alam

20 Usul Faham

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Hartamania

Saya ada beberapa kali tertonton rancangan 'hartamania' kerana ia sedang ditonton oleh anak saya pada waktu petang. Rancangan ini di kendalikan oleh Nabil dan rakannya. Secara umum rancangan ini melibatkan 3 orang pelajar yang bersaing untuk mendapatkan harta karun di sebuah pulau. Imej Nabil dan rakannya adalah seperti lanun dan orang asli. Bahasa yang digunakan lebih untuk mencuit tawa penonton terutama kanak-kanak dan bukan memberi mereka nilai-nilai murni yang sesuai.

Bagi saya rancangan ini menanamkan sifat materialistik dalam jiwa anak-anak. Persaingan antara manusia ialah untuk mendapatkan harta karun. Soalan-soalan yang diutarakan adalah tidak membina pemikiran pelajar.

Sewajarnya kanak-kanak ditanam dengan sifat bekerjasama mencari bekalan yang perlu untuk kehidupan yang kekal abadi nanti di akhirat. Bekalan tersebut adalah berupa ilmu, akhlak, jiwa yang murni dan amalan-amalan soleh

6/17/09

Jenazah Dr Fathi Yakan selamat dikebumikan

Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablus selatan Lubnan selepas solat asar/Ahad. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:


إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل


"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:


مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ


"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Ingatan Saya Bersama Syeikh Fathi Yakan

Pada satu petang 13 Jun 2009 saya mendapat satu SMS dari sahabat baik saya Dr Tg Shahrom tentang kembalinya kerahmatullah Almarhum Us Fathi Yakan. Saya terus memforward SMS tersebut kepada sahabat saya Sdr Amran Sakir. Saya yakin beliau akan memanjangkan mesej tersebut. Selepas itu tidak putus-putus saya menerima perkhabaran tersebut hinggalah lewat malam.

Saya mempunyai 3 sebab untuk sentiasa mengingati Syeikh Fathi Yakan.

Yang pertama kerana buku beliau 'maza ya'ni intimai lil Islam' bahagian pertama yang terjemahannya oleh Us Alias Othman 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' adalah buku yang menjadi teks usrah saya semasa di tingkatan 4 di Kolej Islam Kelang. Waktu itu masih dalam tulisan taip dan belum diterbitkan oleh Pustaka Salam. Bolehlah saya katakan bahawa buku tersebut telah membawa saya kepada lebuhraya fikrah Islam yang sangat luas.

Yang kedua kerana bahagian kedua buku tersebut iaitu 'maza ya'ni intimai lil harakatil islamiyyah' adalah menjadi bahan wacana perbincangan saya bersama sahabat-sahabat saya di Nilam Puri Kelantan. Wacana tersebut bersama dengan amal jama'i disana sangat mengesani kefahaman dan sikap saya tentang dakwah hingga ke hari ini.

Yang ketiga ialah apabila saya meletakkan satu azam yang tinggi untuk memahami pembacaan buku bahasa Arab, saya telah memilih buku 'Qawaribun Najah fi hayati Duah' karangan almarhum Fathi Yakan untuk membacanya sehingga habis dan memahaminya dengan merujuk kepada kamus. Buku tersebut bersama buku 'Usul Fiqh' oleh Dr Abd karim Zaidan semasa di Nilam Puri dan berikutnya buku 'Usul Da'wah' juga Dr Abd Karim Zaidan semasa di Morocco telah menjadikan saya dapat membaca kitab arab dengan yakin. Keupayaan saya membaca buku arab adalah merupakan terjunan saya kelautan ilmu yang sangat luas tanpa tepinya.

Saya bukan keseorangan dalam mempunyai pengalaman ruhi dan fikri bersama al marhum. Saya kira terlalu ramai berkongsi pengalaman tersebut bersama saya.

Semoga Allah memberi penghidupan yang baik buat Al Marhum Ustaz Fathi Yakan di alam baqa sana.

6/13/09

Permudahkan Perkahwinan

Kepada pemuda pemudi, segerakan perkahwinan anda kerana hidup pada masa kini penuh dengan cabaran.

Kepada masyarakat terutamanya ibu bapa, permudahkan perkahwinan anak-anak anda.

Ambalat : Carilah Penyelesaian Segera

Kita tidak mahu isu perairan Ambalat mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Kita mengalu-alukan usaha yang sedang dibuat untuk penyelesaian segera.

Malaysia dan Indonesia adalah dua saudara serumpun dan seagama. Terlalu banyak kekuatan antara dua negara ini. Kalau kita berpecah segala kekuatan ini tiada maknanya.

Saya bimbang ada tangan-tangan ghaib asing yang mempermainkan isu ini dengan menggunakan media.

Sama-sama kita berdoa agar masalah ini segera selesai.

Tragedi Selatan Thailand

Kita terkejut dengan tragedi yang menimpa saudara Islam kita di Selatan Thailand apabila mereka ditembak ketika sedang menunaikan solat Isyak berjamaah disebuah masjid disana. InsyaAllah mereka telah mendapat syahid dan kematian yang mulia. Tidakkah mati ketika dalam solat itu adalah impian semua daripada kita.

Kita mengutuk sekeras-kerasnya jenayah yang tidak berperi kemanusiaan ini.

Kita mengucapkan takziah kepada keluarga syuhada yang terkorban. Semoga mereka sabar menghadapi ujian yang menimpa.

Kita juga menuntut agar penjenayah yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya.

6/9/09

Sebaiknya 12 Matapelajaran

Saya berpengalaman sebagai guru disekolah selama 10 tahun, juga pernah beberapa kali menjadi kaunselor pelajar. Dari pengalaman tersebut saya mencadangkan agar had maksima matapelajaran yang boleh diambil diperingkat SPM ialah 12.

Ini kerana dengan itu kita akan dapat memastikan 6 matapelajaran teras akan dapat dikekalkan. Juga pelajar berpeluang mengambil 6 matapelajaran lain sesuai dengan pengkhususan mereka.

6/8/09

Fatwakan Sahaja Ah Long Haram

Majlis Fatwa sewajarnya memfatwakan bahawa meminjam dari ah long adalah haram. Ini kerana :
1. Sistem bunga yang digunakan adalah riba yang haram.
2. Si peminjam dan keluarga terancam nyawa, keselamatan dan kehormatan. Islam melarang kita mencampakkan diri kearah kebinasaan.
3. Sistem ah long ini juga terlibat dengan jenayah lain yang haram iaitu pelacuran, judi dan rompakan.
4. Sistem ini menghidupkan peluang untuk orang tidak memiliki wang berjudi.
5. Sistem ini menyuburkan budaya berhutang. Budaya ini terus akan menjerumus masyarakat kepada riba.

RIBA ADALAH MUSUH UMAT ISLAM

Matapelajaran Teras Dalam SPM

Kerajaan terus bertegas agar calon SPM hanya mengambil 10 matapelajaran. Apabila bantahan dibuat berkenaan terhadnya ruang untuk memilih matapelajaran elektif terutama matapelajaran bahasa dan sastera, maka Pak Menteri mengumumkan bilangan matapelajaran teras akan dikurangkan dari 6 kepada 4 sahaja.

6 matapelajaran teras kini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/Moral dan sejarah. Saya kira jika 4 shj matapelajaran yang teras maka yang bakal tersingkir sudah pasti Pend Islam/Moral dan sejarah.

Jika ini berlaku, sistem pendidikan kita akan undur kebelakang 30 tahun iaitu ke zaman saya mengambil SRP. Rakan2 saya disekolah biasa diberi pilihan untuk mengambil Peng Agama Islam atau lukisan.

Justeru pihak Kementerian Pelajaran harus memikir semasak-masaknya agar generasi kita tidak terkorban banyak kali.

6/4/09

3 Tokoh Pendidikan

Sebagai seorang peneliti di bidang pendidikan, saya sedang membaca biografi 3 orang tokoh dari Indonesia iaitu Buya Hamka, Pak Natsir dan Kiyai Imam Zarkashi. Saya sangat asyik apabila membaca sejarah dan pemikiran mereka terutama yang ditulis oleh anak murid mereka. Apabila membaca pada waktu malam, kadang-kadang tanpa saya sedari, jam telah menunjukkan angka 1 dan 2 pagi.

Menariknya ketiga-tiga tokoh ini tidak pernah menyambung pelajaran ke peringkat universiti tetapi sangat berjaya dibidang pendidikan. Terlalu banyak tesis diperingkat sarjana dan kedoktoran membicarakan pelbagai sisi dalam hidup mereka. Mereka juga telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dari beberapa Universiti (USM kepada Pak Natsir dan UKM kepada Buya Hamka) kerana mengenangkan jasa mereka dibidang pendidikan yang sangat berpijak kepada bumi yang nyata.

Buya Hamka terkenal dengan karya-karya besar beliau terutamanya Tafsir Al Azhar dan Falsafah Hidup. Beliau menghidupkan beberapa majalah dan akhbar di Indonesia yang dapat membangunkan pemikiran dan aqidah umat. Tazkirah dan kuliahnya di radio dan TV sangat mengesankan. Sehingga Pak Proemadya Ananta Toer yang berfaham komunisme dan sangat mengkritik Hamka telah mengutus anak perempuannya kepada Buya agar mengislamkan bakal suaminya.

Pak Natsir adalah antara pejuang kemerdekaan Indonesia. Pernah menjadi Perdana Menteri. Pengasas Partai Islam iaitu Masyumi dan NGO pendidikannya adalah Pendis (Pendidikan Islam) yang merupakan institusi Islam dari tadika hingga keperguruan tinggi.

Manakala Kiyai Imam Zarkasyi sangat berjaya dengan karya monumentalnya 'Pondok Modern Darussalam Gontor'. Pondok ini adalah warisan dari orang tuanya disebuah perkampungan Desa Gontor di Jawa Timur. Beliau telah membuat rebranding hasil pendedahan dan pengalaman pendidikan yang diperolehinya di Solo dan Padang Panjang. Pondok ini sangat berjaya kini dengan lebih dari 15 cawangan. Alumninya juga telah membangunkan beratus pesantren yang mengambil model gontor. Imam Zarkasyi pernah meletakkan satu impian iaitu 'Seribu Gontor'.

Saya akan cuba membicarakan kehebatan 3 tokoh ini dikesempatan lain. Saya juga menyeru para guru untuk membaca biografi mereka.

6/1/09

Selamat Hari Guru Buat Guru2 Saya di Maahad Hamidiah Kajang

Entah macamana tanpa kesedaran, saya telah tertinggal menyebut guru2 saya di Maahad Hamidiah Kajang semasa saya mengucapkan selamat hari guru tempoh hari. Saya mengucapkan banyak kemaafan kepada mereka. Saya juga mengucapkan terima kasih pada seorang sahabat Hafidzms (saya tak perasan siapa beliau) yang mengingatkan saya dalam komen beliau terhadap posting tersebut.

Maahad Hamidiah tidak mungkin terlepas dari ingatan saya. Disitu saya mula mendalami Bahasa Arab, mengecapi nikmat tinggal diasrama dan tempat saya menyemat rapi semangat untuk berjaya dalam pelajaran. Guru-guru bahasa arab saya disana iaitu Ustazah Hindun (ting 1), Ustaz Amir (Ting 2) dan Ustaz Ismail Abdullah (ting 3) tidak akan saya lupa hingga ke akhir hayat.

5/27/09

Pembukaan Istanbul Oleh Sultan Muhammad Al Fatih

Oleh : YB Husam Musa

Lihat artikel beliau seperti berikut

http://cetusan-hati.blogspot.com/2009/05/muhammad-al-fatih-bagaimana-baginda.html

5/24/09

Latihan Guru Peringkat Sekolah Menengah

Satu perkara yang menarik dalam kajian saya tentang sistem pendidikan di Indonesia ialah Kulliyatul Mualimin Islamiah (KMI) atau maktab perguruan Islam yang dijalankan diperingkat sekolah menengah. Pelajar lulusan sistem ini akan terus boleh mengajar disekolah-sekolah menengah dengan penuh yakin.

Kajian awal saya mendapati bahawa sistem ini adalah warisan peninggalan Penjajah Belanda iaitu sisten 'Kweekschool'. Dua tokoh Islam di Indonesia iaitu Pak Natsir dan Kiyai Imam Zarkashi (pengasas Pondok Modern Gontor) adalah keluaran sistem pendidikan Belanda itu. Mereka dengan yakin setelah tamat pengajian terus mendirikan sistem pendidikan Islam dengan jayanya di Bandung (Pak Natsir) dan Ponorogo (Imam Zarkashi) tanpa perlu menyambung pelajaran keperingkat universiti.

Malaysia boleh belajar sistem ini untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah.

Hutang dan Riba

Hasil pembacaan dan pemerhatian saya terhadap kehidupan kita kini, saya dapati asas utama ekonomi dunia ialah bank dan institusi kewangan yang aktiviti teras mereka ialah memberi pinjaman. Pemberi pinjaman menjadi satu industri yang membolehkan keuntungan diperolehi dengan sangat banyak.

Kewujudan institusi pemberi pinjaman ini telah mewujudkan budaya hutang dikalangan manusia. Semua perkara diperolehi dengan hutang. Rumah, berkahwin, belajar, kereta, tanah bahkan perabot rumah diperolehi secara hutang.

Pinjaman wang berikutnya sudah pasti melibatkan riba. Mungkin riba tersebut boleh di islamik kan dengan aqad-aqad tertentu, tetapi sifat bank yang nak mencari untung melalui pinjaman wang dan sifat pengguna yang asyik nak berhutang tetap sama.

5/21/09

Berhutang Itu Bahana

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Berhutang itu berat disisi agama. Semoga kita mati bertemu Allah dalam keadaan tiada bebanan hutang

5/19/09

Guru Mesti Baca Cerita Ini

Adakah anda seorang guru? Anda sentiasa menghadapi kerenah anak murid? Anak murid anda nakal? Pelajar anda membenci anda? Anda tak tahu lagi apa nak dilakukan kepada anak murid? Anda guru disiplin? anda kaunselor sekolah?

Bacalah cerita berikut :

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1890&mode=thread&order=0&thold=0

5/18/09

Calon Timbalan Presiden Untuk Pak SBY

Kewujudan Indonesia sebagai negara yang terbesar, sumber alam yang kaya dan penduduk paling ramai di Asia Tenggara adalah amat signifikan kepada kita bahkan politik dunia. Apa yang berlaku di sana lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kepimpinan negara adalah juga berkaitan dengan kita semua.

Semenjak pilihanraya umum legaslatif di Indonesia pada bulan april yang lalu saya sentiasa mengikuti perkembangan tentang siapakah yang akan dipilih oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dari Partai Demokrat (PD). Ini kerana sebagai calon presiden yang paling popular dan hampir pasti memenangi kerusi tersebut untuk penggal yang kedua, ramai pemerhati ingin melihat apakah gandingan beliau adalah tokoh sekular nasionalis atau religius islamis. Walau pun pernah timbul kemungkinan Menteri Kewangan yang non politician iaitu Sri Mulyani.

Tokoh-tokoh nasionalis seperti Pak Jusuf Kalla dari Golkar yang merupakan timbalannya kini masih mahu jika ada ruang menjadi gandingan Pak SBY. Manakala parti2Islam seperti PKS, PAN, PKB dan PPP juga mahukan pemimpin mereka menjadi gandingan SBY.

Akhirnya pada hari Sabtu yang lalu, Pak SBY mengumumkan calon gandingannya adalah Gabenor Bank Indonesia Pak Bodieono seorang yang tidak berparti.

Mungkin pertimbangan utama Pak SBY ialah kekuatan diri dan partai beliau dan sokongan yang agak solid daripada PKS meyakinkan bahawa kemenangan adalah pasti walaupun calon timbalan presiden bukan dari kalangan ahli partai politik. Yang keduanya mungkin betapa seriusnya SBY untuk menyelesaikan masalah utama negara iaitu kemelut ekonomi, inflasi, pengangguran, peluang kerja, pelaburan asing dan pengagihan sumber.

Bagi saya, apa yang penting Pak SBY tidak mengambil tokoh Nasionalis Sekular sebagai gandingannya. Partai2 Islam yang berkoalasi dengan beliau dalam pembentukan kerajaan nanti mesti memanfaatkan agenda pengislahan mesyarakat.

Tetapi satu yang mesti di bimbangi ialah mungkin Pak Bodieono yang pro ekonomi kapitalis, pasaran bebas dan rejim kewangan antarabangsa kini akan menjerumuskan Indonesia ke kancah lebihan hutang, pinjaman luar dan amalan riba yang akan menambah lagi buih-buih dalam ekonomi semata-mata untuk meningkatkan beberapa petunjuk ekonomi yang positif.

Amerika sebagai suatu kuasa ekonomi yang besar dan dianggap kukuh pun tersungkur akibat dari elemen-elemen tersebut.

Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat umat Indonesia.

Saya dan BUYA HAMKA

Telah lama saya amat mengkagumi Pujangga Hamka. Saya mendengar namanya sejak kecil kerana ayah saya kadang-kadang menyebut nama dan kehebatannya. Setelah dewasa saya membaca beberapa karangannya terutama Falsafah Hidup dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wichk.

Pagi ahad semalam, saya mengunjungi sebuah kedai buku di Kota Bharu, Kelantan. Saya menemui beberapa buku Hamka dan biografinya yang dituls sendiri oleh anak beliau. Saya membeli buku-buku tersebut yang kesemuanya berjumlah RM50. Saya terus membaca sehingga dalam perjalanan pulang saya menaiki kapal terbang dan teksi ke rumah di Rawang, Selangor. Saya membaca biografinya sehingga lewat jam 1 malam.

Saya menemui beberapa fakta yang ada kaitan dengan saya.
1. Beliau lahir pada 17 Februari bersamaan dengan tarikh kelahiran saya.
2. Pada tahun saya dilahirkan iaitu 1967, Buya Hamka melakukan lawatan yang agak intensif ke Malaysia sehingga beliau pergi kebeberapa buah negeri disini.
3. Beliau menghabiskan masanya di penjara dengan menulis Tafsir Al Azhar. Nama yang sangat hebat itu adalah nama saya. Namun ia adalah sangat berat untuk saya pikul. Saya akan mencubanya.

Selamat Hari Guru

Saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru saya di SK Sg Tengar, Kolej Islam Kelang, Pra Akademi Islam Universiti Malaya, Universiti Mohamed V Rabat dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Juga diucapkan kepada pelajar-pelajar saya di Fakulti Pendikan dam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

SELAMAT MENJADI GURU YANG BAIK DAN BERMANFAAT.

Bacalah Novel Laskar Pelangi

5/10/09

Sejarah Islam Di Sepanyol

Pada hari khamis malam jumaat yang lalu, saya berkesempatan ke udara di Radio IKIM mengupas sebuah buku tulisan sahabat saya Ustaz Rosli Mokhtar. Buku tersebut bertajuk Sejarah Islam di Sepanyol : Serupakah Kita. Rancangan ini telah dihoskan oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin.

Sejarah Sepanyol sangat menarik untuk dilihat dan digali pengajaran darinya. Saya akan mengulasnya dari semasa kesemasa.

REGIONAL WORKSHOP ON TEACHING ARABIC AS SECOND LANGUAGE

Date: Thursday, July 02, 2009 At 01:00:00 AM
Duration: 4 Days


See further :

http://www.musleh.com.my/musleh/index.php?option=com_jcalpro&Itemid=76&extmode=view&extid=23

Some hints for learning Arabic:

Those who attempt to learn Arabic are probably familiar with the specific challenges associated with learning this language. One of the greatest challenges that students of Arabic are faced with has to do with the script. The Arabic language has an alphabet that contains 28 letters. Most students find that it does not take long to learn the Arabic alphabet. However, each letter has four different forms. The form that is used depends on whether the letter comes at the beginning, middle, or end of a word. Learning the different letter variations can be a challenge for students. Another characteristic of Arabic that may confound students at first has to do with how books are written and read. In Arabic, books are read from the right to the left. When a book is opened, it is opened from the left.

One of the greatest challenges that most students face as the learn Arabic is the fact that most vowels are not used when writing. In beginning textbooks, the missing vowels are indicated by little marks that are placed above and below the words. However, more advanced texts and most reading materials do not contain these helping marks. Yet another challenge involves the special "noises" that one must learn in the study of Arabic. Learning Arabic involves learning many new sounds that are not used by most Westerners. Perhaps the most infamous of these is the sound that is described as emitting air from the back of your throat, as if trying to put out a candle by blowing air from the throat. This sound can be difficult for new students to learn and to use fluidly during conversation.

5/6/09

BAYARAN / YURAN BULANAN DI GONTOR

Ustaz Mohd Masruh Ahmad

Tidak sedikit yang tidak mengetahui bahwa bayaran / yuran bulanan yang diwajibkan oleh Pondok bukanlah untuk gaji (saguhati) para guru atau kyai. Perlu diketahui bahwa guru-guru dan Kyai tidak digaji. Para Kyai dan guru-guru mengajar dengan ikhlas tanpa gaji. Apalagi diambil dari hasil uang yang dikumpulkan dari yuran bulanan.

Ini yang tidak banyak diketahui oleh banyak orang termasuk ibubapa. Jadi diminta ibubapa janganlah merasa sudah membayar guru-guru apalagi Kyai. Sesungguhnya bayaran yang telah ibubapa bayarkan adalah untuk anak-anak mereka sendiri. Bayaran makan, digunakan untuk keperluan makan anak. Itupun terlalu murah jika dibandingkan dengan makan di luar. Cuba bayangkan kalau makan di luar tiga kali sehari makan kenyang dikalikan sebulan ?.

Sedang bayaran sekolah digunakan untuk keperluan sekolah anak agar anak-anak dapat belajar dengan baik seperti pembelian kapur tulis, perbaikan meja kursi dan papan tulis, meja guru. Bukan untuk gaji guru-guru wahai ibubapa. Bayaran-bayaran itu untuk keperluan pendidikan anak-anak ibubapa agar dapat belajar dengan baik dengan makan yang cukup sederhana dan sehat.

Lantas dari mana Guru-guru hidup ?. Di sinilah persoalan yang menarik. Bagaimana mereka hidup ? Kenapa mereka bersedia ikhlas mengajar ? Tidak ada Overtime ? mereka bekerja lebih dari biasa ? Mereka gembira dan segar. Alhamdulillah. Sebenarnya Pondok telah menyediakan unit-unit usaha yang dapat menampung dapur para guru dalam keadaan yang sederhana.

Dimaksudkan agar para guru tidak mengganggu uang yuran yang diberikan oleh murid. Jadi tidak ada istilah murid melawan guru, atau murid merasa telah menghidupi para guru, atau murid telah membeli guru. Murid harus menjadi murid yang taat pada guru.

Adapun sumbangan untuk pengembangan wakaf bangunan dan perluasan wakaf setahun sekali memang itu dipergunakan untuk tujuan tersebut. Maka ikhlaskanlah. Pertanyaan ? Berapakah jumlah uang yang diberikan ibubapa kepada Pondok ? dan berapakah jumlah uang yang diberikan kepada anaknya ?. Renungkanlah. Setimpalkah pengorbanan anda agar anak anda menjadi anak yang ibubapa cita-citakan ?.Perumpamaan jika anda memancing ikan : Wajarkah anda memberi umpan kecil untuk mendapatkan hasil tangkapan yang besar ?.Renungkanlah.Cita-cita yang besar, memerlukan pengorbanan yang besar.

5/5/09

Orang Melayu Tidak Melabur ?

Pada minggu yang lalu kita diberitahu bahawa …
- 999 juta unit Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk kaum Cina habis dijual.
- Dari 1.665 bilion unit ASM untuk Bumiputera hanya laku 7.65 juta.
- Dari 499.5 juta unit ASM untuk kaum India, hanya laku 53.5 juta.

Berikutnya pula telah dilaporkan …
990 juta unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) untuk kuota bukan bumiputera habis dijual dalam masa hanya beberapa jam sahaja

Persoalannya ialah mengapa orang melayu atau lebih baik kita katakan orang Islam tidak mahu melabur ? Adakah kerana mereka tidak memiliki wang untuk dilaburkan. Atau mereka tiada kepekaan untuk melabur ?

Ada pandangan yang menyatakan bahawa orang Muslim sekarang sudah peka dengan halal dan haram. Justeru, tawaran ASNB ini tidak menarik minat mereka.

Jawapan ini perlu dijawab oleh pemimpin yang mahu ke akar umbi mendekati masyarakat.

5/4/09

The Lending-for-Profit Factor

By PROF Dr MOHD NAZARI ISMAIL

As long as there is such an industry, there will always be financial crises. THE present financial crisis which started in the US is now fast spreading to the rest of the world. Some people are puzzled as to why experts in academia and experienced policy makers are unable to prevent it from happening in the first place.Their puzzlement actually stems from a failure to realise that financial crises at their core are problems of over-leveraging, over-lending and over-borrowing.

Unfortunately history has shown that regardless of efforts to prevent the occurrence of financial crises, as long as the lending-for-profit industry exists, problems of over-leveraging, over-lending and over-borrowing will always be with us.

Take the Asian currency crisis of the late 1990s. The cause of that crisis was over-investment in the Thai real estate sector which was financed by massive foreign borrowings.The resulting current account deficits put pressure on the baht. The Thai authorities were unable to support the baht which later depreciated.This led to a ballooning of the country’s foreign-denominated debts. The crisis spread to other South-East Asian countries with some having to resort to International Monetary Fund’s assistance.

Another example is the Argentinean financial crisis of 2001. It was caused mainly by fiscal indiscipline by successive governments using foreign debt. In 1983, Argentina’s foreign debt was US$46bil. By 1999, it was US$130bil. This dependence on foreign borrowings, combined with severe unemployment, rampant corruption and political instability led to massive capital flight by companies and individuals. By 2001, the government of the day was forced to take drastic measures including freezing all bank accounts, leading to violent riots.

The Japanese market crash of the late 1980s stemmed from a speculative stock and property markets bubble. These were financed by loans from Japanese banks. When the bubble burst, trillions of yen were wiped out in those markets. Ever-cautious Japanese consumers withheld spending because of the poor economic conditions and this slowed down the economy even more. The Japanese economy has never recovered fully from this crisis till today.

It is widely agreed that the current global financial crisis is a case of a market crash followed by a banking crisis followed by economic slowdown, which is spreading worldwide from the US. The problem originated from the low interest rates in the late 1990s.This encouraged over-borrowing, especially in the housing market. When interest rates rose from 1% to more than 5% between 2004 and 2006, the less-than-sound borrowers, i.e. the subprime sector, defaulted.Many lending institutions which specialised in subprime mortgage went belly-up. This has a knock-on effect, which is ongoing, throughout the financial markets of the US and beyond.

In all the above cases, the fundamental common features are problems of over-lending, over-borrowing and over-leveraging. It may surprise some people but these problems never existed before lending-for-profit became an industry.This was because “usury”, as lending-for-profit is also called, was condemned by all major religions and philosophers such as Aristotle and Cato.The practice of usury was looked down upon in ancient Greece and Rome and by Hindu and Buddhist teachings.Judaism prohibited usury against fellow Jews while the medieval Christian Church forbade it completely. Islam forbids it to this day.

What changed in 16th century Europe was the emergence of Christian scholars such as John Eck and John Calvin who argued that Christianity permits the charging of interest on loans and that the term “usury” refers only to “excessive interest”.With the advent of the Industrial Revolution, interest-charging gained further respectability with the arguments put forward by the champions of capitalism such as Jeremy Bentham and Adam Smith.

It is to be noted from that period onwards the phenomena of financial crises came into existence.It is my contention that the active existence of the lending-for-profit industry will inevitably and unavoidably lead to excessive lending, excessive borrowing and leveraging.As long as there is a lending-for-profit industry, there will always be financial crises of varying magnitudes.

What is particularly worrisome is that some of the solutions offered, especially the fiscal stimulus policy, in my opinion may worsen the situation in the long run.It is true that fiscal stimulus may boost the economy in the short run. However, this will inevitably result in the government taking up ever greater debt burden.It is strange to note that people seem to suddenly and completely forget that excessive debt is the very thing that brought forth the crisis in the first place.Stimulus packages are simply a postponement of the greater debt burden to a future date, to be paid by future generations. It is, in a sense, an ultimate act of irresponsibility and selfishness.

What is needed in these trying times is to challenge our fundamental assumptions about how the economy, industry and commerce are and should be run.A paradigmatic shift of our mindset is perhaps required if we were to get out of this endless cycle of booms and crises with its ever increasing toll of economic and human pain and suffering.Could the wisdom of the ancients, repeated by the world’s great religions, about the evil of usury not be a sound ingredient for the foundation of human happiness?

4/28/09

Agama anak mengikut agama asal ?

Memberi keputusan bahawa agama anak setelah pengislaman ibu atau bapa adalah berdasarkan agama asal ketika perkahwinan ibu bapa adalah bertentangan dengan hukum syara', perlembagaan negara dan penghakiman-penghakiman yang telah dibuat oleh beberapa mahkamah di negara ini.

Perkara 12(4)Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapanya atau penjaganya. Berdasarkan perkara ini persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4)adalah 'parents or guardian' bukannya 'parents or guardians'."

Sewajarnya keputusan besar seperti itu difikirkan secara panjang lebar dengan merujuk mufti, ahli-ahli akademik, pakar undang-undang, NGO dan masyarakat. Tiba-tiba sahaja keputusan itu diumumkan pada masyarakat. Saya kira Pejabat Peguam Negara pun terkejut dengan keputusan tersebut.

Lagi pun kalau kita fikirkan keputusan tersebut bukan lah satu undang-undang kerana penggubalan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan dalam sistem demokrasi adalah melalui institusi rakyat iaitu parlimen dan dewan undangan negeri.

Mufti dan majlis fatwa kebangsaan mesti mengeluarkan fatwa atau hukum dalam masalah yang sangat besar ini. Fungsi mereka bukan hanya untuk mengeluar hukum tentang sosej, pengkid atau yoga sahaja.

Maqasid Syariah Dalam Pemikiran Sayyid Qutb

Semasa Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang lalu, saya bertemu seorang sahabat lama yang sekarang mengajar di UUM. Kami berbincang tentang konsep-konsep dalam perlaksanaan syariah dan bagaimana untuk menyampaikannya kepada masayarakat. Kami semacam bersetuju untuk melihatnya sebagaimana yang dilihat oleh AsShahid Sayyid Qutb dan Imam Al Maududi terutama idea Sayyid Qutb tentang fiqh awraq dan fiqh harakah.

Setelah berbual dengannya saya pun meneruskan pencarian buku-buku dalam perjalanan untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan hampir jam 4 ptg. Saya mesti mengelakkan jam 5 agar tidak menghadapi traffic jam. Sesampainya saya di pustaka darus Salam saya terdetik untuk melihat buku2 disitu. Tiba-tiba saya bertemu dengan buku yang bertajuk 'Maqasid AsSyariah alIslamiah fi fikr al Imam Sayyid Qutb'. Tanpa berfikir panjang saya terus membelinya dengan harga RM70 setelah ditawar oleh pelajar PhD saya. Tuan punya kedai adalah sahabat dari Pattani yang sangat mengenali pelajar saya. Buku ini adalah tulisan Nusair Zarwaq dari Aljeria dan merupakan Thesis Phd nya di Universiti Ummu Darman, Sudan.

Sepanjang perjalanan pulang memandu kereta, saya bersyukur kepada Allah kerana apa yang saya hasratkan sebagaimana dalam perbincangan saya bersama rakan tadi telah diberi lorongan yang baik dari Allah. Saya akan cuba mengungkap apa yang termampu untuk melihat aspek-aspek perlaksanaan syariah dari perspektif tarbiyah yang saya lalui semenjak 26 tahun yang lalu iaitu semenjak saya di tingkatan 4.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya. Ameen.

4/21/09

Pelaburan Islam Baru MyETF-DJIM25

MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25, or MyETF-DJIM25 is the first Shariah Exchange Traded Fund (ETF) launched in Asia.

See this page :
http://www.myetf.com.my/index.asp

Kurikulum Islamic Teacher Training University

1- Komponen Syariah

Pengantar Syariah
Usul Fiqh
Fiqh Ibadah
Fiqh Muamalah
Fiqh Usrah
Fiqh Mawarith
Fiqh Jinayah
Maktabah Syariah
Qawaid Fiqhiyyah
Undang-undang Islam Di Malaysia
Ekonomi Islam
Kewangan Islam
Politik Islam
Methodologi Penyelidikan Pengajian Islam

2- Komponen Usuluddin

Pengantar Usuluddin
Aqidah
Pemikiran Islam
Perbandingan Agama
Ulum Quran
Usul Tafsir
Kutub At Tafasir
Usul Hadith
Manahij Al Muhaddithin
Kutub Ahadith
Fiqh Al Hadith
Sejarah Dunia
Sejarah Islam
Pengantar Dakwah

3- Komponen Pendidikan

Falsafah Pendidikan
Sosiologi Pendidikan
Psikologi Pendidikan
Kurikulum Pendidikan
Pedagogi
Penilaian Dalam Pendidikan
Penyelidikan Dalam Pendidikan

Kurikulum Pendidikan Islam
Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam
Penilaian Dalam Pendidikan Islam
Pengajaran Mikro Pendidikan Islam
Kurikulum Bahasa Arab
Kaedah Pengajaran Bahasa Arab
Penilaian Dalam Bahasa Arab
Pengajaran Mikro Bahasa Arab


4- Komponen Bahasa

Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Bahasa Mandarin

4/17/09

Pendapat Ulamak Tentang Non Muslim Membaca AlQuran

Sebagaimana yang dinyatakan oleh ramai ulamak bahawa terdapat perselisihan tentang hukum non muslim membaca al Quran. Namun disini saya memetik beberapa pendapat ulama-ulama silam termasuk yang dari nusantara yang bermazhab Syafii yang membolehkan mereka membaca al-Quran. Fatwa-fatwa mereka ini boleh dimanfaatkan untuk bertujuan dakwah terhadap non-muslim pada masa kini.

1. Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:"Adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada membaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi" (Mughni al-Muhtaj, jilid 1 halaman 72)

2. Pengarang kitab I'anah al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:"maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk islam" (I'anah al-Talibin, jilid 1 halaman 85)

3. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berkata:"dan hanyasanya ditegah kafir daripada menyentuh mashaf kerana haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis" (Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112)

4. Syeikh Daud al-Fatani berkata:"dan keluar dengan kata muslim orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran kerana tiada iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan islamnya" (Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49)

Nyata dari 2 buah buku iaitu I'anah al-Talibin dan Bughyah al-Tullab bahawa non muslim boleh membaca al Quran dengan maqasidnya kita mengharapkan kefahaman mereka terhadap Islam.

Pandangan ini dikira cocok dengan yang dipegang oleh ramai ulamak dalam gerakan Islam di Malaysia kini terutamanya TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan ia pun agak mesra dengan kehendak ramai non muslim yang berminat sebagaimana kenyataan dan tulisan mereka dalam akhbar.

Namun oleh kerana ia dikira merupakan antara perkara khilaf maka prinsip adab ikhtilaf mesti kita hormati.

Wallahua'lam.

Perkembangan PEMILU di Indonesia

Jika anda ingin mengikuti perkembangan terkini keputusan PEMILU di Indonesia terutamanya pencapaian PKS, layarilah laman berikut :

http://pemilu.pks.or.id/

4/11/09

NON MUSLIM ENTERING MASJID?

Qustion :
As-Salaamu Alaikum!
I have a non-Muslim friend who is interested in Islam and proposed to me to take him with me to the jumaa prayer. What is he permitted to do and is he not permitted of going in the mosque? Jazzakom Allah kheir

Answer:

Wa alaikum as-salam wa rahmatullah,

This is very good that you bring non-Muslims to the Masjid to learn about Islam and to observe the prayer (i.e. watch). Ask the person to be properly dressed, if it is a lady she should have a scarf and a full atire. Tell them that when they enter the Masjid they should take off their shoes and men should sit in the men's section and women should sit in the woman's section. They do not have to stand up and join the prayer, but they can observe the prayers.
Treat them nicely and if there are some refreshments served at the Masjid you can invite them to partake in that. Also, try to give them some Islamic books and any good audio tapes and answer their questions and encourage them to come back. You should always pray for them that Allah may bring them to the right path.

FROM: http://www.islamonline.net/

4/8/09

Rasulullah dan Waraqah Ibn Naufal

Dr Said Ramadhan AlButi dalam satu kuliah seerahnya di TV Mesir, beliau mengulas peristiwa Khadijah membawa Rasulullah berjumpa Waraqah dalam satu perspektif yang menarik juga.

Peristiwa ini sewajarnya menjadi peringatan kepada penganut agama samawi terdahulu iaitu yahudi dan kristian bahawa Nabi Muhammad adalah rasul yang mesti mereka iktiraf dan ikut. Sebagaimana Waraqah yang sgt memahami agama terdahulu telah mengiktiraf Muhammad bahkan akan berjuang bersamanya.

4/1/09

Debaran PKS Di Ambang 9 April

Para pejuang dan pendokong Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia sedang betungkus lumus menghadapi pilahanraya legeslatif pada 9 April. Mereka mahu mendapatkan 20% skongan rakyat dalam bentuk undi dan mendapat tempat seramai mungkin di Parlimen Pusat dan Dewan Perundangan di negeri-negeri. Jika mereka memperolehi 20% undi, PKS layak mengusung seorang calon untuk menjadi Presiden atau Timbalan Presiden. Undi yang besar juga membolehkan mereka mempunyai kuasa tawar menawar berkoalisi dengan partai lain menuju ke kerusi Presiden dan Timbalannya.

Kita doakan agar mereka berjaya dalam pilihanraya tersebut seterusnya mengukuhkan lagi peranan mereka dalam mengisi nilai demokrasi di negara Islam yang terbesar di dunia ini.

SEDIKIT HIMBAUAN UNTUK IBUBAPA

Ustaz Masruh :

Untuk para ibubapa yang masih baru memondokkan putera/puterinya di Gontor dihimbau agar tidak terlalu merisaukan keadaannya. Yakinlah bahwa anak anda selamat dan terjaga sehingga tidak perlu menelpon pembimbingnya /ustadznya setiap hari dan setiap masa. Jika ibubapa berbuat demikian sama artinya dengan ibubapa kurang percaya terhadap Pondok atau kurang ikhlas meletakkan anak di Pondok. Di samping itu keadaan orangtua yang selalu risau akan membuat anak tidak tenang belajar di Pondok. Tidak heran anak yang demikian biasanya tidak dapat menyelesaikan pembelajarannya di Pondok. Ibubapa perlu tawakkal, pasrah dan yakin terhadap Pondok. Semoga anak bapaibu dapat selesai husnul khatimah di Pondok. Amin

3/18/09

Kita dan Nafsu

Nafsu adalah suatu yang merupakan sebahagian dari kita. Seperti mana akal dan jasad. Kesihatan akal adalah dengan kita memberikan ilmu yang bermanfaat. Kesihatan jasad pula ialah dengan makanan yang baik dan latihan fizikal yang besesuaian.

Bagaimana pula makanan untuk nafsu. Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan mendidik atau ta'dib atau seumpama mengekang dan mengawal nafsu. Kita tidak boleh mengikut kesemua kehendak nafsu. Sebab itu puasa adalah antara amalan yang baik untuk nafsu kita. Kita tidak makan dan melakukan hubungan seks pada siang hari walaupun ia merupakan perkara yang diharuskan.

Bila nafsu dikawal, diri akan merasa bersyukur dan puas apabila kita mendapat sesuatu nikmat. Kehidupan akan terasa dan kebahagiaan akan terserlah. Jangan kita sangka orang yang hidup mewah, harta banyak, rumah besar, penyokong ramai dan punya kuasa itu berbahagia. Mereka yang sentiasa melayan kehendak nafsu (tak semestinya yang haram sahaja) tidak akan bahagia kerana nafsu kita ini tidak ada hadnya. Kalau diberi satu bukit emas, manusia mahu satu bukit lagi.

Oleh itu apabila kita meletakkan had kepada nafsu kita, barulah kita merasa gembira, seronok dan bahagia.

2/27/09

Karpal Di Serang Di Parlimen

Apa yang berlaku semalam di Parlimen Malaysia adalah suatu yang menarik.

Pemuda UMNO sudah mula faham apa yang dilakukan oleh pihak pakatan rakyat selama ini. Ketidakpuasan terhadap seseorang adalah dibenarkan dalam sistem demokrasi. Untuk tujuan itu, undang-undang membenarkan rakyat berdemonstrasi menyatakan sikap kita terhadap sesuatu atau seseorang. Pemuda UMNO tidak hanya berdemonstrasi dijalanan, membuat laporan polis dan SPRM tetapi juga datang ke parlimen yang merupakan institusi rakyat paling tinggi untuk menyatakan ketidakpuasan mereka.

Diharap insiden pemuda UMNO dan YB Karpal Singh mematangkan rakyat terutamanya dari pihak kerajaan bahawa rakyat mempunyai suara untuk diperkatakan.

Cuma satu yang saya pelikkan ialah dalam insiden tersebut sekumpulan pemuda yang gagah perkasa cuba menghadapi seorang tua yang sudah lumpuh tidak mampu untuk berdiri pun. Sedangkan baru dua tiga hari yang lalu Pemuda UMNO menolak cadangan berdebat yang dibuat oleh pemuda PAS tentang PPSMI.

Pertandingan mesti seimbang dari segi kekuatan. Pemuda dengan pemuda. Yang ada pada Karpal Singh hanya kudrat aqal, hujah dan aksi undang-undang. Maka pemuda UMNO semestinya melawan beliau secara tersebut.

2/10/09

PRK di 2 Bukit

Akan diadakan pilihanraya kecil di kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Sembau, Kedah.

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah PRK di Bukit Gantang, ia seolah mengkabulkan kehendak Pakatan Rakyat yang mahukan PRK di DUN Changkat Jering berikutan ADUN nya yang bertukar menjadi calon bebas. DUN Changkat Jering adalah di dalam Parlimen Bukit Gantang.

Sultan Perak, SPR dan BN enggan mengosongkan kerusi DUN Changkat Jering, tetapi Allah Yang Maha Besar merencanakan pula PRK di Bukit Gantang.

Ini adalah satu ketentuan Ilahi untuk menguji rakyat berada dipihak yang mana ? Apa yang diharapkan hanyalah PRK ini dijalankan secara adil, telus dan saksama.

1/29/09

Terowong-terowong Gaza

Sehari dua ini kita diberitakan bahawa rejim israel membedil beberapa kawasan di Rafah iaitu sempadan antara Gaza dan Mesir. Sasaran bedilan tersebut adalah terowong yang didakwa digunakan oleh rakyat Palestine atau pejuang Hamas menyeludup senjata dari luar untuk dibawa ke dalam Gaza.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Gaza satu ketika dulu di tutup dari segenap penjuru. Ia adalah umpama satu penjara besar. Kemasukan makanan, minuman dan ubatan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kita merasakan itulah alternatif yang ada pada rakyat Palestine untuk mendapatkan segala keperluan mereka.

Pejuang Palestine juga perlu menyiapkan diri dari aspek ketenteraan bagai menghadapi israel yang akan menyerang pada bila-bila masa. Mereka belajar daripada serangan israel terhadap Lubnan pada 2006.

Peranan Amerika yang menghalang rakyat Palestine dihalang daripada memiliki senjata tetapi dimasa yang sama membekalkan persenjataan paling moden kepada israel adalah satu yang sangat tidak dapat diterima oleh kita.

Yang ada pada rakyat Palestine adalah terowong-terowong tersebut.

Kita sebagai umat Islam perlu mendoakan agar terowong-terowong tersebut tetap utuh untuk survival umat Islam Palestine dan perjuangan membebaskan Masjid Al Aqso.

1/18/09

Perkembangan Di Gaza

Dalam beberapa pembacaan, saya didapati bahawa pejuang Islam Hamas melalui Briged Al Qassam berjaya membunuh lebih 100 orang tentera Israel. Ini satu kejayaan yang besar berbanding kejayaan Hizbullah pada 2006. Pada masa itu tak sampai 20 orang tentera Israel yang terkorban.



Bukan itu sahaja, roket yang dilancar oleh mujahidin boleh menjangkau lebih 60 km dan mengenai beberapa sasaran bandar-bandar penting yang menjadi pusat penting ketenteraan, perdagangan, pelabuhan bahkan pusat nuklear.

Mujahidin disana sangat bersemangat yang tinggi. Yang mereka perlukan daripada kita ialah doa dan bantuan kewangan.