9/28/10

Wang Judi Di Mana-mana

Apabila isu wang judi dikaitkan dengan bantuan kepada warga emas dan miskin tegar di Pulau Pinang sewajarnya kita melihat kepada skop yang lebih luas. Samada benar Kerajaan Negeri Pulau Pinang melakukan sepertimana yang di tuduh adalah satu persoalan yang lain.

Wang judi, arak, hiburan dan lain-lain yang diharam oleh Islam adalah menjadi sumber kewangan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri. Dari wang inilah digunakan untuk pembayaran gaji kakitangan awam, perbelajaan mengurus dan pembangunan.

Oleh itu perkara utama sepatutnya yang berbangkit dari pendedahan di Pulau Pinang ini ialah kewajaran ujudnya pelbagai industri haram di Malaysia iaitu judi, riba, arak, pelacuran, hiburan dan lain-lain lagi.

Syariah Islam sewajarnya menjadi asas dalam pembangunan negara Malaysia yang tercinta ini.

No comments: