2/27/09

Karpal Di Serang Di Parlimen

Apa yang berlaku semalam di Parlimen Malaysia adalah suatu yang menarik.

Pemuda UMNO sudah mula faham apa yang dilakukan oleh pihak pakatan rakyat selama ini. Ketidakpuasan terhadap seseorang adalah dibenarkan dalam sistem demokrasi. Untuk tujuan itu, undang-undang membenarkan rakyat berdemonstrasi menyatakan sikap kita terhadap sesuatu atau seseorang. Pemuda UMNO tidak hanya berdemonstrasi dijalanan, membuat laporan polis dan SPRM tetapi juga datang ke parlimen yang merupakan institusi rakyat paling tinggi untuk menyatakan ketidakpuasan mereka.

Diharap insiden pemuda UMNO dan YB Karpal Singh mematangkan rakyat terutamanya dari pihak kerajaan bahawa rakyat mempunyai suara untuk diperkatakan.

Cuma satu yang saya pelikkan ialah dalam insiden tersebut sekumpulan pemuda yang gagah perkasa cuba menghadapi seorang tua yang sudah lumpuh tidak mampu untuk berdiri pun. Sedangkan baru dua tiga hari yang lalu Pemuda UMNO menolak cadangan berdebat yang dibuat oleh pemuda PAS tentang PPSMI.

Pertandingan mesti seimbang dari segi kekuatan. Pemuda dengan pemuda. Yang ada pada Karpal Singh hanya kudrat aqal, hujah dan aksi undang-undang. Maka pemuda UMNO semestinya melawan beliau secara tersebut.

2/10/09

PRK di 2 Bukit

Akan diadakan pilihanraya kecil di kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Sembau, Kedah.

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah PRK di Bukit Gantang, ia seolah mengkabulkan kehendak Pakatan Rakyat yang mahukan PRK di DUN Changkat Jering berikutan ADUN nya yang bertukar menjadi calon bebas. DUN Changkat Jering adalah di dalam Parlimen Bukit Gantang.

Sultan Perak, SPR dan BN enggan mengosongkan kerusi DUN Changkat Jering, tetapi Allah Yang Maha Besar merencanakan pula PRK di Bukit Gantang.

Ini adalah satu ketentuan Ilahi untuk menguji rakyat berada dipihak yang mana ? Apa yang diharapkan hanyalah PRK ini dijalankan secara adil, telus dan saksama.