10/28/09

Selamat Jalan Syeikh Hassan Bashir

Pada pagi hari khamis 22/10/09 minggu lalu, sedang saya menunggu rakan dikereta untuk bersama ketempat kerja, saya mendapat sms dari Dr. T bahawa Syeikh Hasan Bashir (SHB) dalam keadaan tenat. Sepanjang perjalanan ketempat kerja saya berdoa kesihatan beliau sambil mengimbau beberapa pertemuan termasuk membantu Us Anuar Fakhri menterjemah secara selari ceramah beliau. Berikutnya saya menerima sms lain yang menyatakan SHB telah kembali kerahmatullah. Saya menunggu2 sms berikutnya untuk mengetahui perkembangan pengurusan jenazah.

Setelah mengetahui bahawa jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid UPM selepas asar saya pun kesana sekitar jam 3. Alhamdulillah hari khamis saya tidak mempunyai jadual pengajaran. Sampai dimasjid telah ramai ikhwah disana ketika jenazah sedang dimandi dan dikafankan. Raut wajah ikhwah menampakkan kesedihan. Saya menemui beberapa orang yang telah lama saya tak ketemui.

Setelah solat asar, terus dijalan solat jenazah yang diimamkan oleh Dr Laith. Ramai yang bersama dalam solat ini dengan membentuk lebih 7 saf. Terdengar suara sayu Dr Laith dalam takbir-takbir solat tersebut. Saya sendiri merasakan itulah ketikanya saya sangat ikhlas dan reda dengan doa yang saya baca untuk jenazah.

Sebaik selesai solat jenazah, Dr Laith memberikan ucapan yang menyatakan sumbangan yang besar SHB dalam perjuangan Islam ini. Berikutnya Prof Malek Badri yang merupakan sahabat almarhum dari sudan turut memberi penyaksiannya terhadap kegigihan almarhum. Prof Dr Hatta Sharom berikutnya telah menterjemah ungkapan2 Dr Laith dan Prof Malek Badri tadi.

Berikut yang memberi penyaksian kekaguman terhadap almarhum adalah Syeikh Abu Ammar Muhammad Ahmad Arrashid. Beliau menyifatkan SHB dengan beberapa sifat (yang saya ingat),
1. Da'i
2. Murabbi.
3. Mujahid. Pernah ikut sama dlm perjuangan di Afghanistan
4. Muhajir. Berhijrah dari Sudan ke Indonesia
5. Setia. Sentiasa setia dengan perjanjian dakwahnya. Juga tidak menceraikan isterinya walaupun tidak memperolehi anak. Dan kalau tak silap pendengaran ana juga tidak berkahwin lain.

Ketika mendengar ucapan Syeikh Muhammad Aahmad Arrashid, itulah detik yang paling sayu saya pernah mendengar satu tazkirah. Ini kerana hebatnya si penutur, dan hebatnya orang yang sedang diperkatakan.

Semoga kita akan mengikuti perjalanan almarhum dan mendapat rezki kematian mulia sebagaimana almarhum.

Al Fatihah buat Almarhum Syeikh Hassan Bashir. Selamat jalan dan kita akan ketemu lagi dialam yang baqa nanti

10/20/09

Istanbul Abadikan Banyak Peninggalan Tamadun Dunia

KEHEBATAN Istanbul sebagai salah sebuah bandar raya dunia bermula 200 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi.

Istanbul, kotanya berdiri di dua benua antara Asia dan Eropah kini menjadi kota metropolis kebanggaan Turki kerana sejarahnya yang lahir daripada tamadun bangsa silih berganti.

Kesan peninggalan tamadun seawal alaf ketiga Sebelum Masihi dari bangsa Assyrian hingga ke zaman Byzantine boleh ditemui di laluan sutera Anatolia, penyambung Barat dan Iimur dunia.

Pada muara Selat Dardanelles pernah muncul kota Troy yang terkenal dengan peristiwa kuda trojan 3,600 tahun Sebelum Masihi.

Selat yang sentiasa sibuk dengan kapal perang yang sebahagiannya terkubur di dasar Dardanelles pernah diseberangi orang Parsi, bala tentera pimpinan Alexander the Great, orang Rom, Byzantine dan Arab.

Kejayaan pasukan Gazi Sulaiman Pasa menyeberangi Selat Dardanelles pada 1354 dari Asia dan menawan kota Byzantine di Callipolis dicatatkan sejarah sebagai kejayaan pertama Uthmaniyah di Eropah.

Malah laut dan pantai di selat itu menjadi saksi pertempuran yang berlarutan selama sembilan bulan dari April 1915 hingga awal 1916 antara tentera bersekutu yang dipimpin Sir Winston Churchill dengan kerajaan Uthmaniyah.

Perang Cannakale di Semenanjung Gallipoli itu menyaksikan kegagalan kuasa Barat mencapai objektif mereka, kononnya mahu mengekang ancaman terhadap negara sekutu di Balkan.

Ternyata persenjataan lengkap, teknik dan taktik perang semata-mata tidak memadai untuk pihak bersekutu mara dan mencapai objektif mereka, sebaliknya menyaksikan setengah juta nyawa tentera bersekutu menjadi taruhan di Gallipoli.

Pasukan bersekutu yang dianggotai Australia, Britain, Perancis, India dan New Zealand yang mendarat di pantai barat semenanjung ini tidak menjangka mereka akan berkubur di wilayah asing itu.

Tentera Turki sememangnya telah bersedia menggadaikan darah dan nyawa apabila tentera bersekutu British dan Perancis mula mendarat di hujung Semenanjung Gallipoli, sementara Australia dan New Zealand mendarat di Anzac Cove.

Pendaratan kedua pasukan bersekutu hampir empat bulan kemudiannya pada 7 Ogos 1915 di Teluk Suvla juga tidak membawa mereka untuk mara lebih jauh, tetapi melihat penambahan jumlah korban di kedua-dua belah pihak.

Dalam serangan awal tentera bersekutu di Anzac Cove, 10,000 anggota Turki cedera manakala dianggarkan 3,000 yang lain terkorban.

Berkat keberanian dan semangat juang anak Turki mempertahankan Semenanjung Gallipoli, menjelang 1916 atau selepas sembilan bulan bertempur, pasukan bersekutu akhirnya berundur dari wilayah Turki.

Selain kisah Perang Dunia Pertamanya, cerita perang zaman purba yang berlaku 3,600 tahun Sebelum Masihi turut menarik pelancong untuk melihat kuda kayu di Truva atau Troia, taman sejarah negara.

Mengikut sejarah kuda trojan, kuda kayu yang ditinggalkan tentera Sparta diheret masuk ke dalam kota untuk dipersembahkan kepada Dewi Athena, sekalipun sudah diberi amaran ia mungkin suatu tipu muslihat orang Greek.

Menjelang dinihari, perajurit Sparta yang bersembunyi di dalam kuda kayu keluar menyerang penghuni kota yang nyenyak tidur, serta membakar rumah dalam kota Troia.

Perang Trojan meletus apabila Paris, putera Raja Troia melarikan permaisuri Raja Spartan, Helen.

Selama 10 tahun Raja Spartan mencuba merampas kembali permaisurinya tetapi gagal hinggalah muslihat kuda trojan digunakan.

Kisah kuda trojan dan perang Cannakale hanya pengajaran bahawa musuh sentiasa mencari helah mengabui mata kasar yang lalai dan bersedia memecah masuk ke kubu yang lemah.

10/16/09

UMNO Mahu Perangi Rasuah

Malam semalam saya mengikuti Buletin Utama TV 3 untuk melihat perkembangan Persidangan UMNO. Perwakilan telah meluluskan pindaan perlembagaan terhadap 7 pasal. Ucapan dasar presiden menjelaskan bahawa pindaan ini menjadi asas kepada transformasi parti, demokratik, bersih dan usaha memerangi rasuah.

Bagi saya, satu peluang terbaik untuk UMNO dilihat bersih dan bersungguh2 memerangi rasuah ialah semasa memilih calon dalam PRK Bagan Pinang yang lalu. UMNO telah mensia-siakan peluang tersebut dengan memilih calon yang pernah disabitkan dengan rasuah. Alasan presiden untuk memberi peluang kedua kpd Tan Sri Isa adalah tak boleh diterima dalam konteks memilih pemimpin.

Pindaan tersebut adalah bersifat kosmetik kerana perkara-perkara asas yg ada dalam diri pemimpin dan ahli2 UMNO masih belum berubah.

Cara Dr Mahathir senyum semasa persidangan itu pun macam sinis dan tak yakin. Kerana semasa beliau berkuasa, macam2 yang telah dilakukan utk UMNO tetapi gagal.

10/15/09

Apa Panggilan Untuk Saya

Semalam saya ditanya oleh 3 orang rakan sekerja (kakitangan sokongan)tentang apakah panggilan yang lebih saya suka, samaada ustaz atau doktor. Secara spontan saya menjawab ustaz. Mereka kata nak dapat PhD susah dan lama. Saya kata nak judi ustaz lagi lama dan susah.

Berikutnya apabila saya berkeseorangan dibilik, saya teringat peristiwa 30 tahun yang lalu sewaktu saya ditingkatan 1 dan baru bersekolah di Maahad Hamidiah Kajang. Setiap kali saya pulang kerumah semasa cutu penggal, kawan-kawan saya dikampung memanggil saya dengan gelaran ustaz. Saya enggan dan menyatakan kepada mereka keberatan saya untuk memikul gelaran itu. Saya berhujah kepada mereka sekolah agama tak semestinya jadi ustaz dan saya belajar seperti mereka disekolah biasa cuma dengan sedikit tambahan matapelajaran bahasa Arab.

Saya amat bersyukur dengan agenda Allah kepada saya ini. Saya bisa jadi 'Pak Ustad', panggilan beberapa teman semasa saya mengadakan lawatan ke Indonesia. Dan saya bercita-cita untuk suatu ketika dipanggil pula 'Pak Kiyai'.

Pahala Selepas Kematian

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Dalam satu hadis lain yang lebih mashur bagi kita. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


Dicatat

10/13/09

Gempa Di Padang dan Al Quran

Beberapa tulisan dalam dunia cyber membuat analisis ini. Maka saya paparkan untuk renungan kita bersama.

"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Wallahua'lam