Open University For Syariah, Education, Politic, Economy, Social Science, Teaching Arabic and Quranic Language.
2/9/10
Saksikan lagi drama Di Perak
Adakah telah selesai kemelut politik di Perak dengan kemenangan 5-0 Dr Zambri sebagai Menteri Besar yang sah?. Saya rasa masih belum selesai.
Sedang dalam proses mahkamah kini ialah penentuan siapakah Speaker DUN Perak ? Antara Sivakumar dan Ganesan. Kerana keputusan kemenangan Dr Zambri adalah suatu yang lain dari penentuan Speaker. MB ditentukan oleh Sultan Perak dgn betul sebagaimana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, tetapi Speaker DUN di tentukan oleh DUN sendiri. Mahkamah perlu memutuskannya.
Akan ada lagikah pergelutan di DUN? ada lagikah sidang di bawah pokok ? ada lagikah sidang di hotel ?
Drama akan berterusan. Mari kita sama-sama saksikan.
Kenapa Baru Sekarang Keputusan 5 - 0 ?
Penyokong Pakatan Rakyat mesti menerima keputusan Mahkamah Persekutuan. Apabila Ir Nizar memanjat mahkamah rayuan dan seterusnya persekutuan untuk mendapatkan keadilan maka beliau mesti bersedia menerima keputusan ini. Selepas ini jika ada sidang DUN, beliau dan rakan2 PR mesti bersedia untuk duduk disebelah kiri Sultan Perak.
Baru rakyat akan menganggap mereka demokrat. Tunggu sahaja mahkamah rakyat 2-3 tahun lagi. Ketika itu nanti rakyat akan kembali berkuasa menentukan siapa yang akan menjadi MB Perak yang baru.
Dengan keputusan 5-0 yang menyebelahi Dr Zambri pada hari ini, saya tertanya2 satu perkara. Iaitu kenapa proses mahkamah disemua peringkatnya iaitu tinggi, rayuan dan persekutuan mengambil masa selama setahun untuk membuat keputusan ini. Penentuan siapakah menteri besar kepada kerajaan yang memerintah adalah sangat penting, keutamaan awam dan perlu didahulukan. Terlalu banyak implikasi dan kos yang terlibat kepada rakyat negeri Perak.
Sepatutnya keputusan sebegini besar dan sebegini mutlak dibuat segera sekurang-kurangnya 10 bulan yang lalu agar keabsahan kerajaan dan ketuanya tidak di permain dan di ketawakan oleh orang ramai.
Saya masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku setahun yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)