7/21/09

Pengajian Islam di OUM

Pada hari ahad yang lalu saya terlihat iklan pengajian OUM di akhbar utama. Apa yang menarik perhatian saya ialah ujudnya kursus baru di peringkat Ijazah Dasar di bidang Pengajian Islam.

Ini adalah peluang yang baik bagi sesiapa yang ingin belajar di bidang ini samada mereka yang telah mempunyai ijazah lain atau kepada pelajar bidang agama yang tidak memperolehi tempat pengajian di IPTA dan IPTS.

Oleh kerana tabiat pengajian di OUM adalah bersifat jarak jauh maka mereka yang sedang bekerja berpeluang mendalami ilmu Islam secara separuh masa disini.

Saya juga menggalakkan agar sekolah-sekolah swasta menyediakan peluang pembelajaran di pengajian ini kepada guru-guru mereka. Guru-guru akan terus mengajar dan pada masa hujung minggu mereka menimba ilmu. Dengan sedikit masa yang fleksibel pihak sekolah akan mendapat tenaga guru dalam masa 4 hingga 5 tahun. Jika perjanjian tertentu dibuat, maka guru akan terikat beberapa tahun perkhidmatan. Guru mereka pula akhirnya akan mendapat ijazah Pengajian Islam.

1 comment:

Cikgu Hazwan said...

salam Prof, saya bakal sambung Pjj master pengajian islam di OUM ni. Ada persoalan di minda saya, betulkah kebanyakan ahli akademik memandang graduan OUM @ pembelajaran di OUM ni low class? mohon pandangan prof