1/22/10

Kenapa Rumah-Rumah Ibadah Di Musnah


Kejadian bakar membakar rumah ibadah masih belum berhenti. Ia bermula dengan pembakaran beberpa buah gereja dan yang terbaru ialah surau.

Apakah punca kejadian-kejadian ini?.

Ia bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan gereja katholik menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka. Ini menimbul kemarahan sekelompok umat Islam Melayu yang dipimpin oleh UMNO dan NGO2 muslim yang dilihat rapat dengan parti tersebut. Gerakan mereka dilaporkan dengan hebat oleh TV3 dan utusan melayu. Kita dapat lihat suasana umat Islam bertakbir saban malam di buletin utama TV3.

Gerakan ini diteruskan dengan usaha ingin mengadakan demonstrasi aman di Kuala Lumpur. Demonstrasi ini telah mendapat keizinan pemimpin kerajaan persekutuan dan pihak keselamatan. Sehinggalah berikutnya berlaku siri-siri pembakaran rumah ibadah itu.

Timbul pertanyaan saya bahawa demonstrasi yang direstui oleh kerajaan telah menimbulkan keresahan yang luar biasa dari rakyat. Manakala demonstrasi yang dianjurkan oleh pembangkang diibukota yang cuba dihalang oleh kerajaan telah berakhir dengan suasana aman.

Kerajaan perlu menilai apa sebenarnya yang telah berlaku.

No comments: