1/7/10

UMNO Juara Untuk Semua Rakyat


Pada 9 Januari ini UMNO akan melancarkan Program 'UMNO Juara Rakyat' bertempat di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, Selangor. Program selama 3 hari ini akan dihadiri oleh presiden, timbalan presiden dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang merupakan menteri-menteri kabinet. Mereka dijangka akan memberi pelbagai projek kepada rakyat tempatan yang meliputi Bandar Bukit Beruntung, Bandar Bukit Sentosa, Bandar Sungai Buaya dan Taman Bunga Raya.

Berdasarkan tentatif program yang dinyatakan didalam akhbar, saya dapati projek terbesar yang akan diumumkan ialah pembinaan sekolah jenis kebangsaan cina di Bukit Sentosa. Ini bermakna UMNO benar-benar serius untuk menjadi juara rakyat keseluruhannya dan bukan juara kepada orang melayu sahaja. UMNO melakukan ini disaat parti terbesar orang cina iaitu MCA masih terkial-kial mencari formula menyelesaikan kemelut kepimpinan parti.

Mungkin UMNO yang akan menjadi parti untuk 1 Malaysia bukan BN.

No comments: