10/28/09

Selamat Jalan Syeikh Hassan Bashir

Pada pagi hari khamis 22/10/09 minggu lalu, sedang saya menunggu rakan dikereta untuk bersama ketempat kerja, saya mendapat sms dari Dr. T bahawa Syeikh Hasan Bashir (SHB) dalam keadaan tenat. Sepanjang perjalanan ketempat kerja saya berdoa kesihatan beliau sambil mengimbau beberapa pertemuan termasuk membantu Us Anuar Fakhri menterjemah secara selari ceramah beliau. Berikutnya saya menerima sms lain yang menyatakan SHB telah kembali kerahmatullah. Saya menunggu2 sms berikutnya untuk mengetahui perkembangan pengurusan jenazah.

Setelah mengetahui bahawa jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid UPM selepas asar saya pun kesana sekitar jam 3. Alhamdulillah hari khamis saya tidak mempunyai jadual pengajaran. Sampai dimasjid telah ramai ikhwah disana ketika jenazah sedang dimandi dan dikafankan. Raut wajah ikhwah menampakkan kesedihan. Saya menemui beberapa orang yang telah lama saya tak ketemui.

Setelah solat asar, terus dijalan solat jenazah yang diimamkan oleh Dr Laith. Ramai yang bersama dalam solat ini dengan membentuk lebih 7 saf. Terdengar suara sayu Dr Laith dalam takbir-takbir solat tersebut. Saya sendiri merasakan itulah ketikanya saya sangat ikhlas dan reda dengan doa yang saya baca untuk jenazah.

Sebaik selesai solat jenazah, Dr Laith memberikan ucapan yang menyatakan sumbangan yang besar SHB dalam perjuangan Islam ini. Berikutnya Prof Malek Badri yang merupakan sahabat almarhum dari sudan turut memberi penyaksiannya terhadap kegigihan almarhum. Prof Dr Hatta Sharom berikutnya telah menterjemah ungkapan2 Dr Laith dan Prof Malek Badri tadi.

Berikut yang memberi penyaksian kekaguman terhadap almarhum adalah Syeikh Abu Ammar Muhammad Ahmad Arrashid. Beliau menyifatkan SHB dengan beberapa sifat (yang saya ingat),
1. Da'i
2. Murabbi.
3. Mujahid. Pernah ikut sama dlm perjuangan di Afghanistan
4. Muhajir. Berhijrah dari Sudan ke Indonesia
5. Setia. Sentiasa setia dengan perjanjian dakwahnya. Juga tidak menceraikan isterinya walaupun tidak memperolehi anak. Dan kalau tak silap pendengaran ana juga tidak berkahwin lain.

Ketika mendengar ucapan Syeikh Muhammad Aahmad Arrashid, itulah detik yang paling sayu saya pernah mendengar satu tazkirah. Ini kerana hebatnya si penutur, dan hebatnya orang yang sedang diperkatakan.

Semoga kita akan mengikuti perjalanan almarhum dan mendapat rezki kematian mulia sebagaimana almarhum.

Al Fatihah buat Almarhum Syeikh Hassan Bashir. Selamat jalan dan kita akan ketemu lagi dialam yang baqa nanti

No comments: