Kita dimaklumkan oleh kerajaan bahawa pengendali lebuhraya PLUS akan memberi diskaun 10% kepada pengguna yang menggunakannya hanya dari jam 12 mlm hingga 7 pagi.
Saya tidak berdaya untuk mengetahui keikhlasan pihak pengendali mahupun kerajaan yang memerintah. Tetapi keadaan ini seolah-olah menggalakkan rakyat menggunakan lebuhraya pada masa tersebut.
Ini sangat bertentangan dengan fitrah manusia yang memerlukan kerihatan pada masa tersebut. Allah menciptakan malam adalah untuk manusia berehat. Ini sebagaimana dinyatakan dalam ayatNya Surah An Naba' ayat 10 " Dan kami jadikan malam untuk berehat"
Sudahlah apa yang sedia ada sekarang menggalakkan kita tidur lewat seperti pembukaan kedai, pasar malam, dan restoran sehingga larut malam bahkan sehingga 24 jam. Rancangan TV semakin mengasyikkan apabila larut malam juga telah mengheret ramai orang untuk terus menonton dan berjaga malam. Juga sebelum ini apabila kerajaan berusaha menurunkan harga barang telah memperkenalkan dasar operasi perniagaan pasaraya besar hingga 12 mlm.
Apa akan jadi pada rakyat kita ?. Tunggang terbalik fitrah mereka. Siang sepatutnya membanting tulang mencari rezeki. Dan malam hari pula bersama keluarga, mengaji alquran, melihat pelajaran anak, beribadah berjemaah, tidur, berehat dan qiamullail.
Wallahua'lam
2 comments:
Kita terima sajalah orang nak kurangkan bayaran tol. Tapi kalau nak naikkan bayaran itu yang buat kita marah.
Pada saya pengurangan tu tak berapa ikhlas. Memberi sambil membelakang. Kita mungkin mengambil tapi hati tak berapa seronok (rasa terpaksa). Agaknya dapat tak pahala? :)
Post a Comment