10/15/09

Apa Panggilan Untuk Saya

Semalam saya ditanya oleh 3 orang rakan sekerja (kakitangan sokongan)tentang apakah panggilan yang lebih saya suka, samaada ustaz atau doktor. Secara spontan saya menjawab ustaz. Mereka kata nak dapat PhD susah dan lama. Saya kata nak judi ustaz lagi lama dan susah.

Berikutnya apabila saya berkeseorangan dibilik, saya teringat peristiwa 30 tahun yang lalu sewaktu saya ditingkatan 1 dan baru bersekolah di Maahad Hamidiah Kajang. Setiap kali saya pulang kerumah semasa cutu penggal, kawan-kawan saya dikampung memanggil saya dengan gelaran ustaz. Saya enggan dan menyatakan kepada mereka keberatan saya untuk memikul gelaran itu. Saya berhujah kepada mereka sekolah agama tak semestinya jadi ustaz dan saya belajar seperti mereka disekolah biasa cuma dengan sedikit tambahan matapelajaran bahasa Arab.

Saya amat bersyukur dengan agenda Allah kepada saya ini. Saya bisa jadi 'Pak Ustad', panggilan beberapa teman semasa saya mengadakan lawatan ke Indonesia. Dan saya bercita-cita untuk suatu ketika dipanggil pula 'Pak Kiyai'.

2 comments:

Ibnu Mohyeddin said...

Salam, Tuan sememangnya layak dipanggil muallim dan ustaz. Jasa baktimu sememangnya tiada nilaian disisi Allah

Haslina said...

Salam, betul kata Ustaz, nak jd ustaz dan ustazah ni mmg pyh, tarbiahnya pun lama dan berpanjangan.kene kuat mujahadahnya.Teringat pesanan Ust Zawawi sblm melepaskan kami buat praktikal dulu, Ust Zawawi kata gelaran ust/ustzh ni dianggap kekal bila kami dah mjejakkan kaki ke sekolah, x blh ditarik balik. akhlak dan percakapan kena elok dan selari dgn Islam.
Ya Allah, terima kasih kerana memberikan kami guru-guru yang mursyid, muaddib dan murabbi sepanjang kami bermukim di bumi UM.
Mudah-mudahan kami juga mampu menjadi seperti kalian.....