10/16/09

UMNO Mahu Perangi Rasuah

Malam semalam saya mengikuti Buletin Utama TV 3 untuk melihat perkembangan Persidangan UMNO. Perwakilan telah meluluskan pindaan perlembagaan terhadap 7 pasal. Ucapan dasar presiden menjelaskan bahawa pindaan ini menjadi asas kepada transformasi parti, demokratik, bersih dan usaha memerangi rasuah.

Bagi saya, satu peluang terbaik untuk UMNO dilihat bersih dan bersungguh2 memerangi rasuah ialah semasa memilih calon dalam PRK Bagan Pinang yang lalu. UMNO telah mensia-siakan peluang tersebut dengan memilih calon yang pernah disabitkan dengan rasuah. Alasan presiden untuk memberi peluang kedua kpd Tan Sri Isa adalah tak boleh diterima dalam konteks memilih pemimpin.

Pindaan tersebut adalah bersifat kosmetik kerana perkara-perkara asas yg ada dalam diri pemimpin dan ahli2 UMNO masih belum berubah.

Cara Dr Mahathir senyum semasa persidangan itu pun macam sinis dan tak yakin. Kerana semasa beliau berkuasa, macam2 yang telah dilakukan utk UMNO tetapi gagal.

1 comment:

Hasmora said...

Salam Ustaz,
Ana juga selalu tersenyum tatkala para pemimpin umno-bn beretorik plastik politik hipokrik..yang pasti ana rindu senyum ustaz..hukhuk