4/28/09

Agama anak mengikut agama asal ?

Memberi keputusan bahawa agama anak setelah pengislaman ibu atau bapa adalah berdasarkan agama asal ketika perkahwinan ibu bapa adalah bertentangan dengan hukum syara', perlembagaan negara dan penghakiman-penghakiman yang telah dibuat oleh beberapa mahkamah di negara ini.

Perkara 12(4)Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapanya atau penjaganya. Berdasarkan perkara ini persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4)adalah 'parents or guardian' bukannya 'parents or guardians'."

Sewajarnya keputusan besar seperti itu difikirkan secara panjang lebar dengan merujuk mufti, ahli-ahli akademik, pakar undang-undang, NGO dan masyarakat. Tiba-tiba sahaja keputusan itu diumumkan pada masyarakat. Saya kira Pejabat Peguam Negara pun terkejut dengan keputusan tersebut.

Lagi pun kalau kita fikirkan keputusan tersebut bukan lah satu undang-undang kerana penggubalan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan dalam sistem demokrasi adalah melalui institusi rakyat iaitu parlimen dan dewan undangan negeri.

Mufti dan majlis fatwa kebangsaan mesti mengeluarkan fatwa atau hukum dalam masalah yang sangat besar ini. Fungsi mereka bukan hanya untuk mengeluar hukum tentang sosej, pengkid atau yoga sahaja.

1 comment:

wan said...

Dr..

saya pun berasa hairan dengan keputusan kerajaan ni..tanpa merujuk pendapat kepada awam..dan jabatan agama...apakah tidak ada lagi "orang agama" dikalangan mereka...mana Mufti2...bersuara la skt...nampaknya mereka takut nak bersuara...Takkan dok keluar fatwa2 yang "orang tak berpangkat" pun tahu jawapannya...HAIRAN2