4/28/09

Maqasid Syariah Dalam Pemikiran Sayyid Qutb

Semasa Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang lalu, saya bertemu seorang sahabat lama yang sekarang mengajar di UUM. Kami berbincang tentang konsep-konsep dalam perlaksanaan syariah dan bagaimana untuk menyampaikannya kepada masayarakat. Kami semacam bersetuju untuk melihatnya sebagaimana yang dilihat oleh AsShahid Sayyid Qutb dan Imam Al Maududi terutama idea Sayyid Qutb tentang fiqh awraq dan fiqh harakah.

Setelah berbual dengannya saya pun meneruskan pencarian buku-buku dalam perjalanan untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan hampir jam 4 ptg. Saya mesti mengelakkan jam 5 agar tidak menghadapi traffic jam. Sesampainya saya di pustaka darus Salam saya terdetik untuk melihat buku2 disitu. Tiba-tiba saya bertemu dengan buku yang bertajuk 'Maqasid AsSyariah alIslamiah fi fikr al Imam Sayyid Qutb'. Tanpa berfikir panjang saya terus membelinya dengan harga RM70 setelah ditawar oleh pelajar PhD saya. Tuan punya kedai adalah sahabat dari Pattani yang sangat mengenali pelajar saya. Buku ini adalah tulisan Nusair Zarwaq dari Aljeria dan merupakan Thesis Phd nya di Universiti Ummu Darman, Sudan.

Sepanjang perjalanan pulang memandu kereta, saya bersyukur kepada Allah kerana apa yang saya hasratkan sebagaimana dalam perbincangan saya bersama rakan tadi telah diberi lorongan yang baik dari Allah. Saya akan cuba mengungkap apa yang termampu untuk melihat aspek-aspek perlaksanaan syariah dari perspektif tarbiyah yang saya lalui semenjak 26 tahun yang lalu iaitu semenjak saya di tingkatan 4.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya. Ameen.

No comments: