5/18/09

Calon Timbalan Presiden Untuk Pak SBY

Kewujudan Indonesia sebagai negara yang terbesar, sumber alam yang kaya dan penduduk paling ramai di Asia Tenggara adalah amat signifikan kepada kita bahkan politik dunia. Apa yang berlaku di sana lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kepimpinan negara adalah juga berkaitan dengan kita semua.

Semenjak pilihanraya umum legaslatif di Indonesia pada bulan april yang lalu saya sentiasa mengikuti perkembangan tentang siapakah yang akan dipilih oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dari Partai Demokrat (PD). Ini kerana sebagai calon presiden yang paling popular dan hampir pasti memenangi kerusi tersebut untuk penggal yang kedua, ramai pemerhati ingin melihat apakah gandingan beliau adalah tokoh sekular nasionalis atau religius islamis. Walau pun pernah timbul kemungkinan Menteri Kewangan yang non politician iaitu Sri Mulyani.

Tokoh-tokoh nasionalis seperti Pak Jusuf Kalla dari Golkar yang merupakan timbalannya kini masih mahu jika ada ruang menjadi gandingan Pak SBY. Manakala parti2Islam seperti PKS, PAN, PKB dan PPP juga mahukan pemimpin mereka menjadi gandingan SBY.

Akhirnya pada hari Sabtu yang lalu, Pak SBY mengumumkan calon gandingannya adalah Gabenor Bank Indonesia Pak Bodieono seorang yang tidak berparti.

Mungkin pertimbangan utama Pak SBY ialah kekuatan diri dan partai beliau dan sokongan yang agak solid daripada PKS meyakinkan bahawa kemenangan adalah pasti walaupun calon timbalan presiden bukan dari kalangan ahli partai politik. Yang keduanya mungkin betapa seriusnya SBY untuk menyelesaikan masalah utama negara iaitu kemelut ekonomi, inflasi, pengangguran, peluang kerja, pelaburan asing dan pengagihan sumber.

Bagi saya, apa yang penting Pak SBY tidak mengambil tokoh Nasionalis Sekular sebagai gandingannya. Partai2 Islam yang berkoalasi dengan beliau dalam pembentukan kerajaan nanti mesti memanfaatkan agenda pengislahan mesyarakat.

Tetapi satu yang mesti di bimbangi ialah mungkin Pak Bodieono yang pro ekonomi kapitalis, pasaran bebas dan rejim kewangan antarabangsa kini akan menjerumuskan Indonesia ke kancah lebihan hutang, pinjaman luar dan amalan riba yang akan menambah lagi buih-buih dalam ekonomi semata-mata untuk meningkatkan beberapa petunjuk ekonomi yang positif.

Amerika sebagai suatu kuasa ekonomi yang besar dan dianggap kukuh pun tersungkur akibat dari elemen-elemen tersebut.

Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat umat Indonesia.

1 comment:

iman supriyono said...

terima kasih atas perhatian encik azhar terhadap indonesia. moga moga bisa menjadi pengikat tali ukhuwah antara dua negeri serumpun. mudah mudahan bisa menjadi perekat kekuatan dakwah. salam sukses dari surabaya

iman supriyono