5/18/09

Saya dan BUYA HAMKA

Telah lama saya amat mengkagumi Pujangga Hamka. Saya mendengar namanya sejak kecil kerana ayah saya kadang-kadang menyebut nama dan kehebatannya. Setelah dewasa saya membaca beberapa karangannya terutama Falsafah Hidup dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wichk.

Pagi ahad semalam, saya mengunjungi sebuah kedai buku di Kota Bharu, Kelantan. Saya menemui beberapa buku Hamka dan biografinya yang dituls sendiri oleh anak beliau. Saya membeli buku-buku tersebut yang kesemuanya berjumlah RM50. Saya terus membaca sehingga dalam perjalanan pulang saya menaiki kapal terbang dan teksi ke rumah di Rawang, Selangor. Saya membaca biografinya sehingga lewat jam 1 malam.

Saya menemui beberapa fakta yang ada kaitan dengan saya.
1. Beliau lahir pada 17 Februari bersamaan dengan tarikh kelahiran saya.
2. Pada tahun saya dilahirkan iaitu 1967, Buya Hamka melakukan lawatan yang agak intensif ke Malaysia sehingga beliau pergi kebeberapa buah negeri disini.
3. Beliau menghabiskan masanya di penjara dengan menulis Tafsir Al Azhar. Nama yang sangat hebat itu adalah nama saya. Namun ia adalah sangat berat untuk saya pikul. Saya akan mencubanya.

No comments: