1/26/10

Kemana Pula Nanti Sekolah Berprestasi Tinggi ?


Saya mengucapkan tahniah kepada sekolah kesayangan saya iaitu kolej Islam Sultan Alam shah kerana dipilih oleh Kementerian Pelajaran sebagai salah satu daripada 20 buah sekolah yang menjadi sekolah berprestasi tinggi (SBT). Tetapi beberapa konsep persekolahan sebelum ini telah hilang begitu sahaja apabila Pak Menteri yang mencadangkannya tidak lagi menerajui kementerian pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah Bestari telah hilang dari kamus KPM. Sekolah kluster yang diperkenalkan oleh menteri yang pernah menghunus dan mencium keris juga sudah tidak kedengaran lagi. Begitu jugalah konsep KBSM dan KBSR, konsep anugerah sekolah dan asrama lima bintang dan anugerah sekolah harapan negara, anugerah sekolah dalam taman dan macam-macam lagi.

Setiap orang baru yang datang ke KPM samada sebagai menteri atau Ketua Pengarah Pelajaran mencuba sesuatu untuk dilaksanakan. Semua jabatan, agensi, unit, pejabat dan sekolah yang dibawah KPM akan berhampas pulas merealisasikan konsep dan dasar-dasar tersebut. Tetapi malangnya setelah banyak tenaga dan wang dari pembayar cukai dicurahkan segala dasar tersebut ditukar pula kepada dasar baru yang dibawa oleh orang baru.

Ini menjadikan saya agak pesimis dengan konsep SBT yang baru diperkenalkan. Namun saya berharap agar sangka buruk saya ini tidak benar.

Saya berada dalam sistem persekolahan apabila sekolah bestari diperkenalkan pada tahun 90an. Saya terlibat sama dalam menggubal kurikulum bahasa arab yang bersesuaian dengan konsep sekolah ini. Masih terasa keletihan dalam proses penggubalan terutama penterjemahan dokumen kurikulum ke bahasa Inggeris. Saya melihat sendiri beberapa sekolah yang telah diishtiharkan sebagai sekolah bestari telah bertungkus lumus menyediakan prasarana dan sarana untuk itu. Guru-guru dipaksa oleh pihak atas untuk melaksanakan pelbagai perkara yang menimbulkan banyak tekanan. Berlaku persaingan antara guru dan antara pengetua dalam mengekalkan title atau ingin mengejar title. Semua persaingan ini telah menambahkan kerja guru dan menyebabkan mereka mengabaikan kerja utama iaitu pengajaran didalam kelas.

Saya juga berada disekolah apabila persaingan antara sekolah-sekolah untuk memenangi anugerah sekolah harapan negara. Pentadbir dan guru bertungkus lumus menyediakan dokumen-dokumen yang dikehendaki. Namun akhirnya tak kemana juga sekolah-sekolah. Masa dan tenaga ditumpukan banyak kepada keceriaan sekolah dan sistem fail bukan kepada kualiti apa yang berlaku dalam bilik darjah.

Akhirnya yang menjadi mangsa ialah guru. Ramai guru disekolah hari ini yang menyatakan tugas disekolah terlalu banyak. Bagi guru yang pernah merasai sistem persekolahan era sebelum 90an dan selepasnya akan lebih terbeban dengan situasi yang berlaku sekarang. Ini belum lagi jika kita melihat aspek disiplin pelajar yang terlalu kritikal yang mesti diselesaikan oleh guru.

Ini bermakna, aspek yang paling penting tetapi terabai oleh suasana yang saya nyatakan tadi ialah kualiti pengalaman pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah, asrama dan persekitaran sekolah. Ada setengah guru menggunakan istilah 'hancur' apabila merujuk kepada sistem persekolahan negara.

Harap-harap SBT tidak mengulangi nasib pelbagai dasar dan polisi pendidikan yang lalu. Jangan ditambah lagi derita dan cerita-cerita sedih sistem persekolahan.

Tetapi apabila KPM mengatakan bahawa akan menambah 30 buah lagi SBT pada tahun 2011 dan 50 buah pada 2012 untuk menjadikan keseluruhannya 100 buah sekolah, maka saya sudah terbayang bahawa cerita-cerita sedih dan malang akan terus bertumpuk-tumpuk. Namun saya mendoakan agar kebaikan menyebelahi kita semua.

3 comments:

Haslina said...

Assalamu`alaikum...ana setuju dgn isi penulisan ust.skrg ni core business cikgu bkn lg mengajar, tp berhempas pulas utk memenuhi tuntutan phk atasan yg x sabar2 nk realisasikan apa shj kehendak "pak2 menteri".keluar shj apa2 dasar, sibuk bertanding sapa yg plg cepat sahut saranan "pak menteri".anak didik terabai.p&p lintang pukang. sedih tgk dunia pendidikan hari ini. bila pljr x berkualiti,akhlak teruk, cikgu jgk yg kena tibai...

Anonymous said...

Salam, saya juga sependapat dgn sdri Haslina, dan saya juga bersedih dgn keadaan institusi pendidikan negara, amat-amat sedih. Pemimpin tidak menjalankan amanah, pemimpin hanya mahu gah dengan kertas kerja dan di mata dunia luar.

Namun, saya tetap mengharapkan situasi kembali pulih seperti era 70-80-an

Anonymous said...

hkd, udgyr mx lahwabuc p hqbij.
hahd grxvtwng q hv e!
kfl hard sex
, dqpx sn uu l qyxy s.
mjowzw hsssvt jwfe a hxic. zfa, outdoor sex
, zcil e tmdrxbjr p scchua gm verq vst.

cud no pch.