1/2/10

Sedikit Pengamatan Tentang Sejarah Gusdur



Sewaktu kita bersedia menyambut tahun baru masihi, umat Islam Indonesia kehilangan seorang negarawan iaitu Hj Abdur Rahman Wahid atau gelarannya Gusdur. Gus adalah gelaran bagi anak seorang kiyai manakala 'dur' adalah diambil dari namanya 'Abdur'.
Bapanya Kiyai Abdul Wahid adalah seorang ulamak yang terkenal dan mempunyai sebuah pesantren yang besar di Tebuireng, Jawa Timur.

Almarhum menjadi Presiden Indonesia keempat selepas Sukarno, Soharto dan Habibie. Pemerintahannya tidak lama iaitu dari 1999 hingga 2001 apabila mendapat undi tidak percaya dari Majlis Permesyuaratan Rakyat (Parlimen). Beliau telah digantikan oleh Timbalannya iaitu Megawati Sukarnoputri. Ibu Megawati berikutnya telah membuka demokrasi kepada Indonesia apabila rakyat berkuasa memilih Presiden mengikut sistem ala Amerika Sharikat. Tetapi Ibu Mega kalah dalam pilihanraya presiden (pilpres) yang pertama itu pada 2004 ditangan salah seorang bekas anggota kabinetnya iaitu Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). Pak SBY sekali lagi menduduki kerusi presiden bagi penggal kedua apabila menang dalam pilpres 2009.

Kembali kepada Gusdur, sewaktu beliau dipilih oleh MPR sebagai Presiden, rakyat Indonesia sangat bergembira. Walaupun beliau mempunyai kecacatan penglihatan, tetapi itulah anak Indonesia terbaik yang dirasakan boleh memimpin negara selepas era Soharto dan anak didiknya Habibie. Anak kiyai, seorang ulamak, pemimpin Nahdhatul Ulamak (NU), pemimpin pesantren-pesantren tradisional seIndonesia dan pemimpin Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang berbasis Islam adalah resepi yang dirasakan mempunyai kuasa ajaib yang 'berkat' untuk memimpin negara yang besar itu. Walaupun banyak jasa Gusdur kepada demokrasi dan kepelbagaian (pluralisme)Indonesia terutama dalam penyelesaian isu-isu Acheh, Maluku dan lain-lain tetapi itu tidak cukup bagi MPR untuk beliau berundur dari kerusi presiden.



Ini membenarkan fakta Ibn Taimiah yang meletakkan syarat kepimpinan kepada 'quwwah' dan 'amanah'. Bagi saya pemimpin Indonesia yang memiliki kedua ciri ini ialah Pak Habibie yang mengambil alih jawatan presiden apabila Soharto berundur atas desakan rakyat yang dipimpin oleh gerakan pelajar. Habibie mempunyai kekuatan agama kerana memimpin Ikatan Cendiakawan Muslim Indonesia (ICMI). Beliau juga seorang yang pintar dalam politik, ekonomi dan teknologi. Graduan dari German ini bertanggungjawab membawa industri berat terutama penerbangan ke Indonesia. Cuma Habibie bukan anak dari Pulau Jawa dan bayang-bayang Soharto yang sangat dimarahi oleh rakyat masih terdapat dalam struktur pemerintahan beliau.

Rakyat Indonesia terlepas peluang untuk memiliki pemimpin yang quwwah dan amanah apabila tidak terus memilih Habibie dan sebaliknya menggantikannya dengan pemimpin lain. Indonesia sehingga kini masih terkial-kial membawa negara kepada situasi yang makmur untuk kehidupan rakyat yang berkualiti.

2 comments:

iman supriyono said...

a notable essay ffom the future indonesianist! congrat!

mila sulasmaya said...

gus itu nama panggilan biasa di Indonesia terutama pada suku jawa