4/1/09

Debaran PKS Di Ambang 9 April

Para pejuang dan pendokong Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia sedang betungkus lumus menghadapi pilahanraya legeslatif pada 9 April. Mereka mahu mendapatkan 20% skongan rakyat dalam bentuk undi dan mendapat tempat seramai mungkin di Parlimen Pusat dan Dewan Perundangan di negeri-negeri. Jika mereka memperolehi 20% undi, PKS layak mengusung seorang calon untuk menjadi Presiden atau Timbalan Presiden. Undi yang besar juga membolehkan mereka mempunyai kuasa tawar menawar berkoalisi dengan partai lain menuju ke kerusi Presiden dan Timbalannya.

Kita doakan agar mereka berjaya dalam pilihanraya tersebut seterusnya mengukuhkan lagi peranan mereka dalam mengisi nilai demokrasi di negara Islam yang terbesar di dunia ini.

1 comment:

Lebai Cute said...

Rasanya PR boleh start buat iklan2 macam PKS buat. Tak dapat publish kat TV youtube pun okay juga. Rasanya DAP pun dah buat. PAS + PKR bila lagi.